Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2024 @ 1:05pm

“Amelia Henderson Orang Yang Tepat, Cuma Masa Tak Sesuai“ – Aedy Ashraf

Pelakon, Aedy Ashraf mengakui masih sayang terhadap bekas kekasihnya, aktres Amelia Henderson.

Menerusi video temu bual tular di TikTok, aktor filem popular Tentang Bulan itu seakan memberi bayangan punca keretakan hubungan mereka akibat terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Meskipun sedih terpaksa berpisah, Aedy bagaimanapun menjelaskan dia dan Amelia putus secara baik dan tidak bergaduh.

“Keputusan tu kami buat bersama. Sebenarnya yang saya boleh katakan we want to focus more on our career. Saya sendiri tengah sibuk.

“Dan dia pun sangat-sangat sibuk. We go on our separate ways tapi itu tak bermakna kami bergaduh.

“Antara kami tak ada perbalahan sama sekali. Kita jumpa, bercakap dan berbincang secara baik.

“Of course sedih tu ada, saya rasa Amelia adalah the right person but not the right time.

“Masing-masing mempunyai tujuan yang sama. Which we put career first sentiasa,” katanya.

Aedy Ashraf

Sementara itu, Aedy berkata dia masih mempunyai perasaan sayang kepada Amelia namun mereka memilh untuk menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia dan saya rasa akan ramai orang mendaokan baik-baik untuk kami.

“Kalau ada rezeki, kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Kalau bekerja sekali ke, kami tak akan ada masalah langsung.

“Sekarang ni kami bersetuju untuk berserah saja pada takdir, pada rezeki. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada.

“At the end of the day semestinya saya rasa sayang tu ada, cuma masa tak mengizinkan buat masa ini,” katanya lagi.

@imyourdaisyyy

” Kita sayang each other. Saya masih sayangkan dia ” 🥺❤️ #aedyamelia #aedyashraf #ameliahenderson

♬ Ada Untukmu – Sakti Music

Sebelum ini, Amelia dalam satu perkongsian siaran langsung di TikTok memaklumkan dia dan Aedy sudah putus cinta.

Imbas kembali, pada Mac tahun lalu Aedy membuat kejutan apabila dia melamar Amelia untuk menjadi kekasih hatinya secara terbuka di sebuah acara di Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson, Aedy Ashraf Kini Kawan, Dah Tak Rapat Macam Dulu – “Mungkin ‘Timing’ Tu Tak Sesuai”

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 May 2018

Umie Aida Tegur Johan, ‘Diam Lebih Baik Dari Bercakap’

Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As’ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Hiburan Mon, 26 May 2025

[VIDEO] “Bukan Sebab Suami Reda, Tapi Hukum Tetap Haram’ – Tindik Hidung, PU Syed Tegur Sharifah Aleya

PU Syed turut mengingatkan agar larangan agama diletakkan sebagai keutamaan

Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Sat, 30 Sep 2023

Famili Duo Kini Kembali! Tampil Sisi Berbeza Peserta, Mas Idayu & Ajai Kekal Kedudukan Sebagai Juri

Program realiti nyanyian TV3, Famili Duo kembali dengan musim baharu dengan menampilkan lima pasangan selebriti popular tanah air. Menampilkan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, Famili Duo kali ini pastinya tampil dengan sisi berbeza […]

Hiburan Wed, 10 Dec 2025

Adira Suhaimi Sedia Buka Pintu Hati, Mahu Lelaki Biasa – “Tak Nak Pempengaruh Atau Orang Terkenal”

Adira Suhaimi mengakui sebagai wanita, dia juga punya naluri untuk dimanjakan sesekali.

Featured Tue, 11 Nov 2025

Kekasih Ben Amir Perkenal Nama Liana Alara – “Ia Membawa Maksud Baru, Kedamaian & Cahaya”

Liana turut meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan serta kasih sayang yang diterimanya daripada orang ramai

Hiburan Sun, 24 Aug 2025
Hiburan Thu, 23 May 2019
error: Content is protected !!