Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 31, 2020 @ 2:22pm

Ifa Raziah Takut Pakai Barang Kemas RM3.5 Juta?

Penyanyi Ifa Raziah mengakui rasa takut apabila memakai barang kemas bernilai RM3.5 juta sehinggakan terpaksa mengupah tiga orang pengawal untuk memastikan keselamatannya ketika menjalani penggambaran muzik videonya baru-baru ini.

Ifa Raziah berkata kesemua pengawal tersbeut dilengkapi dengan pistol untuk pastikan keselamatannya. Ifa berkata dia tidak menyangka diberi kepercayaan oleh Ceres Jewels untuk menyarung set aksesori dari batu permata asli bernilai jutaan ringgit itu.

 
“Jujur saya takut ketika menyarungkan semua tu atas badan. Disebabkan itu, pihak saya telah menyediakan tiga orang bodyguard lengkap dengan pistol untuk keselamatan. 

“Bodyguard tersebut ditugaskan untuk mengiringi barang kemas Ceres Jewels sepanjang penggambaran muzik video berlangsung,” katanya kepada Astro Gempak.

Berkongsikan mengenai muzik video lagu terbarunya Miss Diva, Ifa berkata dia dijelmakan sebagai ratu jahat Queen Ravenna. Ifa akui sangat gementar sewaktu penggambaran kerana risaukan barang kemas harga jutaan ringgit itu.

“Miss Diva ni watak dia sama macam Queen Raveena, dia tak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya sebab dia rasa dia yang paling meletup dan terpaling hebat.

“Tapi dalam pada duk gementar sebab risaukan barang kemas juta-juta tadi, lepas pakai je tiara terus watak ratu jahat ‘merasuk’ diri. Manakan tidak, harga tiara tu je pun dah RM3 juta…Batu berlian ori tau!,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Hadapi Ujian Perceraian Dengan Tenang, Zulin Aziz Fokus Ibadah Ramadan – “Terima Kasih Doakan Yang Baik-Baik”

Zulin mengambil pendekatan matang dengan tidak mendedahkan punca perceraian mereka

Hiburan Fri, 14 Mar 2025

Semakin Sibuk Dengan Bisnes, Fazura Akui Lama Tak Keluar Rumah Sejak Habis Idah – “Mana Saya Pergi Fatima Mesti Kena Ikut”

Nur Fazura akui lama tak keluar rumah sejak habis tempoh idah, Fatima tak nak berenggang

Hiburan Thu, 23 May 2019

Here are the Top 10 Artists Malaysians are Discovering for the First Time

And Malaysians are loving these artists too…

Featured Tue, 7 Jan 2025

“Kami Tak Cari Publisiti Atau Sensasi” – Sherie Merlis Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Hasnul Rahmat

Kata Sherie, adalah tidak manis sekiranya kenyataan mengenai isu itu dibuat oleh pihaknya sahaja.

Featured Thu, 14 May 2026

“Kelakar Bila Orang Sibuk Hal Saya” – Pertahankan Diri, Netizen Kurang Senang Dengan Respons Zul Ariffin?

Zul kemudian tampil membuat kenyataan menerusi platfrom sama memaklumkan, dia terkejut apabila perkongsiannya itu ‘menganggu’ orang lain.

error: Content is protected !!