Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 30, 2023 @ 7:11am

Kekal Fokus Dalam Famili Duo, Fyna Jebat Kunci Mulut Isu Pertelingkahan Dengan Madu

Penyanyi Fyna Jebat mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung dakwaan terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya, Datin Zalina Zaini, minggu lalu.

Isteri kedua kepada bekas jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan itu menyerahkan perkara terbabit kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Pertelingkahan Di Restoran: “Adik Saya Enggan Beri Komen” – Ayda Jebat

“Tidak apa yang saya boleh katakan. Biarlah isu ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya kepada XTRA.

Tambah kakak Fyna, penyanyi Ayda Jebat, adiknya enggan mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen.

“Dia tak boleh kongsi apa-apa, saya minta maaf. Bagi pihak Fyna dan keluarga, kami rasakan jika banyak kami bercakap atau kami kongsikan, perkara itu boleh jadi benda lain.

“Kami harap semua pihak boleh memahami pendirian kami, terima kasih kerana menyokong kami,” katanya.

@xtra_my Persembahan The Jebats malamni dah macam level international weyy😍🔥 Korang lurve tak? Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Fyna dan Ayda menjawab pertanyaan media usai konsert separuh akhir program realiti Famili Duo TV3, malam tadi.

Fyna juga menegaskan pelbagai perkara yang terjadi tidak mengganggu fokusnya dalam pertandingan Famili Duo.

“Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandigan ini kerana kakak saya dah banyak berhabis wang untuk persediaan persembahan Famili Duo setiap minggu.

“Abang ipar saya, Nabil Mahir selaku pengarah kreatif untuk setiap persembahan kami dan team juga sering bertungkus lumus memberikan terbaik.

“Saya terlalu sayangkan Famili Duo, jadi saya akan kekal fokus untuk memberikan persembahan sepenuh hati saban minggu,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam minggu lalu, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan isteri pertama suaminya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Dalam pada itu, Fyna dan Ayda mengungguli minggu separuh akhir dengan meraih gelaran Duo of The Week dan berjaya mara ke pusingan akhir pada Ahad depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda & Fyna Juara Lagi, Serahkan Kemenangan Kepada Sabhi, Fareed, Sissy & Naim.. Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Radja & Wali Band Bergabung Dalam Pentas RadjaWali, Gegar Idea Live Arena Januari 2026

“Pentas RadjaWali Live in Malaysia” yang dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Erra Fazira Nafi Dakwaan Sudah Tetap Tarikh Nikah Dengan Ezwan Zain

Erra Fazira lebih selesa memilih majlis yang sederhana

Hiburan Sat, 9 Feb 2019
Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Tak Terlibat Platform JomDonate, Nafi Seleweng Duit Dana… Aset Aisyah Hijanah Hasil Titik Peluh Sendiri

Harap semuanya sudah jelas ya, tak ada lagi dakwaan yang bukan-bukan

Trending Sat, 17 Mar 2018

Vietnam Restaurant Preserves President Obama’s Table and Utensils!

After former President Barack Obama visited a Vietnamsee street restaurant, the restaurant decides to preserve the table and utensils that he used before!

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Tiada Penyingkiran! Tujuh Protege Mara Ke Separuh Akhir!

Jangan lupa saksikan separuh akhir Mentor Milenia 2019 Ahad ini jam 9 malam!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Alahai…Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul!

error: Content is protected !!