Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 13, 2021 @ 7:07pm

“Terpaksa Berada Di Tengah Laut Berjam- Jam, Shooting 50 Hari Tanpa Henti” – Fedtri Yahya Dedah Kesukaran Penggambaran Jejak Rasul

Pengacara Jejak Rasul, Ahmad Fedtri Yahya mengakui berdepan dengan beberapa cabaran sewaktu menjalankan penggambaran di Malaysia buat kali pertama.

“Ini merupakan kali pertama penggambaran di Malaysia dan kami meneroka tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan jadi ada beberapa tempat yang ditutup contohnya di Muzium kerana pandemik dan sebagainya. Jadi, agak sukar untuk mendapatkan sumber”.

Fedtri turut berdepan dengan cabaran menjalankan penggambaran selama 50 hari tanpa henti bagi siri Jejak Rasul Ulama Pewaris Rasul.

Beliau turut mendedahkan saat sukar yang dihadapi ketika meneruskan penggambaran di negeri Kedah.

“Kami banyak melakukan penggambaran di lokasi seperti sungai dan lembah kerana pada zaman dahulu, ulama datang menerusi jalan laut untuk menyebarkan Islam. Kami terpaksa berada di tengah laut berjam jam”,katanya ketika ditemui di sidang Media Kempen Ramadan Raya.

Jejak Rasul Pewaris Ulama akan membawa para penonton menyelami perjuangan ulama terdahulu dalam menyemarakkan sinar Islam serta meneroka sejarah asal usul tersohor.

Jangan lupa untuk menonton Jejak Rasul pada jam 6.30 petang setiap hari Jumaat-Ahad hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Featured Wed, 25 Jan 2023

Teruja Staff Syarikat Penerbangan Berhijab, Komen ‘Pedas’ Aliff Syukri Buat Ramai Terkejut

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur melihat salah seorang staff AirAsia tampil mengenakan hijab. @aliffsyukriterlajaklarisYe ke awk??♬ bunyi asal – Dherbs Terlajak Laris Menerusi kemas kini terbaharu Aliff di TikTok, dia memuji kecantikan staff […]

Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Trending Sun, 13 Jun 2021

Sering Berdepan Kontroversi, Ara Johari Bawa Diri?

Pernah heboh diperkatakan apabila penyanyi Ara Johari didakwa membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan. Menurut pelantun lagu Bunga itu, semua yang timbul hanyalah salah faham. “Saya tak […]

Featured Fri, 9 Dec 2022
error: Content is protected !!