Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2024 @ 4:39pm

Seronok Jadi Bapa, Kamal Adli Sanggup Cuti Berlakon 3 Bulan

Teruja menyambut kehadiran cahaya mata pertama, pelakon tampan, Kamal Adli, 38, sanggup cuti berlakon selama tiga bulan untuk menjaga isteri, aktres Uqasha Senrose dan anak mereka, Hawra Uqaira.

Berada di samping Uqasha menjalani tempoh berpantang dan belajar menguruskan anak, Kamal seronok menempuhi pengalaman baru terbabit.

“Saya cuti berlakon selama tiga bulan. Saya sangat seronok walaupun pengalaman yang ditempuhi semuanya baharu. Terbit rasa bahagia dan secara peribadi saya merasakan hidup saya sudah lengkap.

“Namun, sebagai seorang lelaki yang baru bergelar bapa, wujud beberapa cabaran yang memberi ujian kerana masih belum terbiasa dengan ‘ragam’ anak kecil,” katanya.

Mendedahkan anaknya suka berjaga malam, Kamal dan Uqasha mengambil giliran untuk menemani permata hati mereka.

“Sejujurnya, mula-mula saya rasa susah juga, terutama perlu menyesuaikan diri dengan keletah Hawra yang suka berjaga malam. Saya dan Uqasha akan bergilir-gilir menjaga Hawra bagi memastikan cinta hati kami baik-baik saja.

“Syukur, kini saya dah boleh buat susu anak, siapkan anak selepas dia mandi, uruskan tidur Hawra dan banyak lagi. Cuma, setakat ini saya masih tidak berani untuk mandikan Hawra lagi,” katanya.

Kamal ditemui di majlis pelancaran drama Nafsu yang bersiaran di Viu, baru-baru ini.

Membawakan watak Sam, Kamal bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Aqasha, Azira Shafinaz, Nia Atasha, Khayrisyah Kemal dan ramai lagi.

“Nafsu menyingkap kisah di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur dan saya membawa watak lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Jan 2024

Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

Semoga ibu Khai Bahar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Featured Tue, 20 May 2025
Trending Thu, 1 Oct 2020

Covid-19 : 89 Kes Baharu Dan 2 Kematian Dicatatkan

Jangan mudah mengalah, terus patuh SOP!

Featured Wed, 21 Jan 2026

Tular Didakwa Kahwin Dengan Gabenor Acheh, Vie Shantie Khan Perjelas Status Perkahwinan

Spekulasi mengenai penularan berita perkahwinan Gabenor Acheh, Muzakir Manaf dan usahawan, Vie Shanti Khan menyorot perhatian warganet.

Trending Wed, 6 Jan 2021
Featured Sun, 27 Mar 2022
Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Featured Wed, 21 Jun 2023
error: Content is protected !!