Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2022 @ 12:49am

Amran Tompel Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak Amran Aman Ramli atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, 72, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Matahari Heights Senawang, seremban kira-kira jam 4.37 petang pada Sabtu.

Memetik laporan Berita Harian, abang Allahyarham yang juga pelakon, AR Badul memaklumkan bahawa adiknya itu sepatutnya menamatkan tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

“Betul, Amran sudah meninggal dunia. Saya baru balik dari Perak. Setibanya di Kuala Lumpur, baru saya sempat baca mesej yang dihantar di WhatsApp berkenaan kematiannya.

“Saya terus bertolak ke Seremban. Kematian Amran berpunca sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini, Amran positif COVID-19.

“Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir kuarantin,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada industri kreatif tempatan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang kira-kira pukul 9.45 malam.

Turut kelihatan hadir pada majlis pengkebumian tersebut ialah adik beradik Allahyarham iaitu AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Untuk rekod, arwah Amran Tompel yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura ini pernah membintangi beberapa filem seperti Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Trending Tue, 25 Aug 2020
Hiburan Tue, 25 Feb 2020
Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Netizen Tersenyum Bila Erma Fatima Bawa Ibunya Beli Telefon

Video penuh dengan komen mencuitkan dari netizen. Tak percaya cuba tengok

Hiburan Mon, 10 Feb 2020

Naim Daniel Julang #AJL34 Menerusi Sumpah!

Tahniah kepada semua pemenang!

Featured Sat, 5 Mar 2022

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Alhamdulillah.. Semoga aplikasi ini dapat memberi manfaat buat kita semua ☺️

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Featured Thu, 1 Dec 2022

Anak Rela Dipenjara Kerana Mahu Merasai Kasih Sayang Ibu, Rindu Kasih Isi Slot Samarinda TV3

Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu. Mengisi slot Samarinda TV3, […]

error: Content is protected !!