Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 5, 2019 @ 10:00pm

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Artis antarabangsa pertama di bawah naungan Rocketfuel, Chaleeda Gilbert nampaknya tidak berputus asa dalam mengembangkan bakat seninya. Bintang berdarah Thai-Inggeris ini kembali dengan sebuah lagu baru yang lebih segar berjudul ‘Growing Up Sucks’.

‘Growing Up Sucks’ secara umum menceritakan tentang seseorang yang rindukan zaman mudanya namun masih bersyukur kerana biarpun waktu itu telah berlalu, dia masih mempunyai teman istimewanya bersama-sama.

Lagu yang berenak ‘easy listening’ ini merupakan hasil nukilan beberapa orang komposer berbakat iaitu Justin Seow, Kuizz Shah, dan Wee Zhen Yong manakala liriknya pula ditulis oleh artis tempatan, Bil Musa.

Chaleeda yang  mula dikenali dahulu lewat platform media sosial Youtube kerana sering menyanyikan semula lagu-lagu popular artis antarabangsa, berjaya menarik perhatian pihak Rocketfuel dan kini bergelar artis rakaman dan juga pelakon.

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

“Selepas mendapat maklum balas yang baik dari peminat dari Malaysia, kami yakin Chaleeda akan berjaya menempatkan diri di dalam muzik Industri tempatan. Lagu-lagu yang kami sajikan juga adalah mengikut citarasa tempatan walaupun ianya lagu berbahasa Inggeris,” katanya.

Lagu ‘Growing Up Sucks’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Growing Up Sucks’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Man Kidal Lega Dapat Tunai Hasrat Arwah Sahabat, Lancar Lagu ‘Aspirasi Raya’

Man Kidal meluahkan kelegaan apabila berjaya menunaikan hasrat arwah sahabatnya, Kidat dengan menerbitkan lagu raya berjudul Aspirasi Raya.

Featured Tue, 25 Nov 2025
Featured Thu, 23 Apr 2026

Atikah Suhaime Akui Faktor Genetik Tentukan Berat Badan – “Kalau Makan Macam Orang Biasa Akan Jadi Gemuk”

Atikah Suhaime mengakui faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk dan berat badan seseorang, termasuk dirinya sendiri yang perlu sentiasa menjaga pemakanan.

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Konsert Spider Unplugged Tetap Diteruskan Walau Berdepan ‘Lockdown’

Konsert Spider Unplugged yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Oktober ini tetap on!

Featured Sat, 22 Nov 2025

Fazziq Muqris Sah Bergelar Suami Sharifah Areeqa Dengan Hanya Sekali Lafaz

Fazziq Muqris akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan hanya sekali lafaz

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
error: Content is protected !!