Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 8, 2023 @ 9:10pm

Untungnya… Sempena Keputusan SPM 2022, Iman Troye Murah Hati Nak Belanja RM300 Kepada Pelajar Cemerlang!

Bersempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini, penyanyi kecil molek, Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran.

Pelantun lagu Nang itu berkongsi berita terbabit menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya.

Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.

“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.

“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.

Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) di Instagram PTTI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 May 2025

Bekas Isteri Datuk Red Bongkar Kes Cakar Wanita Berlaku Pada Tahun 2009

Bekas isteri Datuk Red imbau kejadian cakar seorang wanita dalam rumah

Featured Wed, 31 May 2023

Terbit Buku Terus Melangkah, Puteri Sarah Tak Jaja Kisah Peribadi

Suka tengok Sarah happy je… Moga terus terbang tinggi Sarah💖💖💖

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Tambah Anak? Nanti Dulu…

Walaupun lahir dalam keluarga yang serba serbi cukup, Ummi yang ditemui di tayangan perdana Gol & Gincu 2 memberitahu anak perempuannya, Ayra Aneesah akan diajar hidup berdikari. Terbaik Ummi!

Featured Tue, 7 Jan 2025
Featured Wed, 13 Sep 2023

Misha Omar Tak Mahu Kongsi ‘Journey’ Rawatan IVF, Mahu Jaga Sensitiviti Pasangan Tiada Zuriat

Concern apa yang orang rasa tu perlu ye.. Love Kak mitch❤️

Featured Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Tue, 18 Jun 2024

Tular Foto Berbaju Pengantin, Aishah Kahwin Lagi?  

Wah kalau betul tahniah kak Aishah

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

error: Content is protected !!