Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 25, 2025 @ 2:41pm

“Kita Jangan ‘Bunuh’ Kreativiti Anak Seni” – Iman Tang Beri ‘Hint’, Yasin Sulaiman, Malique & Zizi Kirana Bakal Berkolaborasi

“Kalau ikut undang-undang, salah tetap salah”, demikian respons penganjur Icon Entertainment, Iman Tang berhubung kemunculan penyanyi Malique Ibrahim dan Zizi Kirana di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak baru-baru ini.

Kata Iman, pihaknya akan berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman menerusi sebuah projek terbaharu yang kini masih dalam perbincangan awal.

Jelasnya, Yasin telah menghasilkan sebuah lagu baharu dan pihaknya sedang merangka kerjasama terbaik untuk memastikan karya itu dapat direalisasikan.

“Saya tak boleh cerita banyak sebab perancangan ini belum jadi. Tapi sama-sama kita doakan agar semua urusan ini dipermudahkan.

“Sebab sebelum ini pun saya ada tanya boleh tak nak satu lagu,” katanya.

Dalam pada itu, Iman ketika ditemui usai konsert GenKRU berkata, walaupun undang-undang perlu dihormati, kreativiti seseorang anak seni tidak harus dipinggirkan.

Justeru, katanya ini adala inisiatif  pihaknya dalam membuka dan memberi peluang kepada Yasin untuk terus menghasilkan naskhah hebat untuk industri hiburan tempatan.

“Bila saya dengar lagu di bahagian korus itu, ada beberapa nama terdetik dalam kepala iaitu, Datuk M Nasir dan Ahmad Dhani.

“Dengan lenggok lagu tersebut saya rasa memang kena.

“Betul, kalau ikut undang-undang salah tetap salah. Tapi kita jangan ‘bunuh’ kreativiti anak seni.

“Karier sebagai pemuzik tetap harus diteruskan,” jelasnya.

Berkongsi perkembangan terkini pelantun lagu Mimpi Laila itu, Iman mendedahkan, kehadirannya bersama-sama Zizi dan Malique ke Hospital Bahagia itu adalah untuk bertanyakan khabar selain memberikan sokongan moral kepada Yasin.

“Kami pergi ke Hospital Bahagia itu untuk melawat Yasin. Alhamdulillah dia tidak disabitkan kesalahan.

“Alhamdulillah dia sihat, badan dia nampak berisi sekarang. Cuma tak tahu bila dia akan dibenarkan keluar daripada hospital.

“Dia cakap ada banyak lagu yang ingin dihasilkan, tapi saya kata buat persembahan terus kerana ramai yang merinduinya,”ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?

ARTIKEL BERKAITAN:Malique Muat Naik Foto Hospital Bahagia, Netizen Mulai Buat Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN:Yasin Sulaiman Dakwa Terima Lawatan PM, Rakan Artis Di Hospital Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN:Yasin Makin Sihat & Berisi, Peminat Lega Lihat Perubahan Positif

ARTIKEL BERKAITAN:“Hari Yang Gelap Untuk Saya…” – Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup, Terima 16 Sebatan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

WILL IT BE A SWEET REUNION OR DOUBLE TROUBLE FOR HAYLOR?

Apparently, our two favourite people are about to be reunited on stage and in front of the whole world!

Trending Fri, 15 Nov 2019

Gearing Up For a New Theme Park, Resorts World Genting is Looking to Recruit New Exceptional Talents!

Audition for an exciting experience of a lifetime this November as the anticipated launch of the resort’s new outdoor theme park nears.

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Kenapa Pak Nil Emosi Tengok Drama TV3 Ni?

Geram dengan watak Husna dan Nek Pah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi turut emosi menonton drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di TV3

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

“HABISLAH SUFIAN”- INI SEBAB KENAPA ELFIRA LOY DIKECAM!

El berkongsi mengenai perkara ini menerusi video yang telah dimuat naik menerusi laman Youtube dan Twink3l TV itu dan setakat ini sahaja telah mendapat tontonan lebih dari 198,264 tontonan. 

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Featured Thu, 22 Jul 2021

Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media […]

Featured Wed, 28 May 2025
Featured Wed, 7 Sep 2022
familuv Fri, 8 May 2020
error: Content is protected !!