Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 11, 2024 @ 3:55pm

Yasin Sulaiman Dakwa Terima Lawatan PM, Rakan Artis Di Hospital Bahagia

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, mendakwa rakan artis dan pemimpin negara termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, melawatnya di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian, selain Perdana Menteri, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan penyanyi, Faizal Tahir, dikatakan turut melawat Yasin.

Sehubungan dengan itu, pelantun lagu Mimpi Laila itu menzahirkan rasa terharu, syukur dan penghargaan kepada semua yang melawatnya.

“Ini juga tahun ketiga (2024) turun naik mahkamah. Bermula dengan Mahkamah Majistret dan Sesyen Petaling Jaya yang selesai tahun lalu, namun kes dibuka semula (rayuan pendakwaan) di Mahkamah Tinggi.

“Saya terpaksa mengharunginya. Memang sudah letih dan lelah tetapi apakan daya terpaksa juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Azmi Aman, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Ogos ini untuk pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan penyanyi dan komposer itu oleh Mahkamah Sesyen, tahun lalu.

Yasin, 49, sebagai responden dalam prosiding rayuan diwakili peguam Ariff Azami Hussein, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim.

Yasin menegaskan dirinya perlu kuat semangat dan banyak sabar kerana belum lihat pengakhiran kes dadah berkenaan.

“Pada asasnya pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan saya daripada semua pertuduhan dadah.

“Keputusan itu atas alasan ketika kejadian saya tidak waras kerana bergejala mania (emosi tidak stabil), memang saya sakit,” katanya.

Pada 29 November lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan penyanyi dan komposer itu atas tiga tuduhan kes dadah.

Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin, mengarahkan penyanyi itu ditempatkan di bawah jagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Yasin akan ditempatkan di hospital berkenaan selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor di bawah Seksyen 348(2) KTJ.

Yasin didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac 2022.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai Kimia Sahkan Ujian Sampel Yasin Sulaiman Positif Ganja

ARTIKEL BERKAITAN:  Yasin Sulaiman Dibebas & Dilepas Daripada 3 Pertuduhan Dadah, Mahkamah Perintah Dimasukkan Ke Hospital Bahagia

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Thu, 18 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《张敬轩HINSIDEOUT云顶演唱会》入门票

送你去看张敬轩《HINSIDEOUT》云顶演唱会,让你感受「轩式」情歌的现场魔力!

Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

HYORIN REVEALS TRUTH ON WHY SISTAR BROKE UP

Many people have been massive fans of SISTAR ever since they debuted. Of course, fans were devastated after they broke up. But why? Hyorin reveals the truth in an interview.

Hiburan Fri, 21 Nov 2025

Ucapan Hari Lahir Bapa Mentua Bertukar Syahdu, Rebecca Nur Al Islam Beri Bayangan Banyak Pendam Hal Rumah Tangga?

“Tak sangka jodoh Becca dan Azam sampai di sini saja” – Rebecca Nur Al Islam

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Jangan Tegur Pelakon Baharu Sampai Memalukan Mereka” – Liza Abdullah

Liza Abdullah berpendapat pelakon senior perlu jaga air muka pendatang baru

error: Content is protected !!