Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 12, 2023 @ 6:00pm

Pegawai Kimia Sahkan Ujian Sampel Yasin Sulaiman Positif Ganja

Seorang pegawai kimia memaklumkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bahawa sampel air kencing penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman positif ‘cannabinoid’ atau ganja.

Menurut laporan Berita Harian, Pegawai Sains (Kimia Hayat) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Rusli Ibrahim, 56, mengesahkan ujian saringan dijalankan ke atas sampel air kencing Yasin sebelum mendapati ia positif ‘cannabinoid’, pada 30 Mac tahun lalu.

“Kemudian botol air kencing itu disimpan dalam peti sejuk yang dikhaskan pada suhu dua hingga lapan darjah Celcius.

“Hanya saya dan (Juruteknologi Makmal Perubatan), Abdul Majid Khan Suliaman yang mempunyai kawalan terhadap peti sejuk itu,” kata saksi pendakwaan kelima terbabit ketika membaca pernyataan bertulis saksi, hari ini.

Tambah Rusli, ujian pengesahan dijalankan menggunakan bahan kimia dikhaskan mengikut prosedur amalan piawai ditetapkan ke atas sampel air kencing Muhammad Yasin, pada 8 April tahun lalu.

“Hasil akhir ujian analisa mendapati sampel air kencing Muhammad Yasin mengandungi ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’, iaitu dadah tersenarai dalam jadual pertama Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Pelantun lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, di sini, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dipenjara seumur hidup serta sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Faiz Dziyauddin, bersambung Jumaat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Bahagia Sahkan Yasin Sulaiman Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Yasin Sulaiman Semakin Baik Selepas Masuk Hospital Bahagia – “Sebelum Ini Hanya 48 kg, Cengkung Sampai Nampak Tulang”

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Namakan Filem ‘Tiada Tajuk’, Mawi Nafi Sengaja Reka Gimik

Tiada Tajuk merupakan filem komedi arahan pertama Mawi dan bakal berada di pawagam bermula 4 April depan!

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Pergi Ke Mana-Mana, Orang Akan Ejek-Ejek Saya” – Putus Tunang Pengalaman Sedih Dalam Hidup Elfira Loy, Dapat Hikmah Selalu Habiskan Masa Di Masjid

Menerusi temu bual dengan podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira Loy bercerita mengenai pengalaman putus tunang.

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Caprice Cari Pasal Dengan Anak Muda Kelantan

Suka cipta kontroversi, Caprice cari gaduh dengan anak muda Kelantan pula.

Featured Thu, 17 Nov 2022
Fab Foodies! Sun, 20 Jan 2019

Here are Some Fancy Places to Spend Your Chinese New Year Meals this Year

This Chinese New Year, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur introduces its selection of Chinese delights and delectable dine-in menus. Themed the “Year of Blooming Abundance”, Hilton Kuala Lumpur will be bringing guests on a gastronomical […]

Trending Fri, 23 Mar 2018

Wow! Wanita Ini Mengaku Cintakan Trump

Wanita itu juga tidak menolak kemungkinan hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan. Namun, Rumah Putih sebelum ini menafikan Trump memiliki sebarang hubungan dengan McDougal. Macam mana ni?

Trending Tue, 31 Oct 2023

Jalani Pembedahan Akibat Jantung Berlubang, Anak Kak KM Kini Stabil

Semoga Rania diberi kesembuhan dan sihat seperti biasa Amin.

Trending Thu, 8 Oct 2020
error: Content is protected !!