Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 22, 2024 @ 1:21pm

[VIDEO] Masih Rasa Bersalah Kacau Hak Madu, Zarina Zainuddin Titip Pesanan Pedas Pada Wanita Miang! – “Kes Saya Berbeza…”

Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa berang terhadap segelintir wanita yang menjadi penyondol, meruntuhkan rumah tangga sesama wanita lain.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Zarina memuat naik video pendek mengkritik perwatakan segelintir wanita yang dianggap miang sehingga sanggup menjadi perosak rumah tangga.

“Video ni untuk perempuan gatal yang nak kahwin dengan laki orang, merenyam kat bawah tu ingat ya tak senang nak kahwin dengan laki orang. Jadi nombor dua ni otak kena kuat. iman tak cukup, tak payah! Jadi orang gila kat rumah nanti.

“Cari lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol,” katanya.

Sementara itu di ruangan kapsyen, Zarina yang juga merupakan isteri kedua berkata kisah kehidupannya rumah tangganya bersama suami berbeza daripada isu penyondol yang semakin hangat menjadi bualan mulut orang ramai.

Malah, aktres drama rantaian Rajuk Karina ini turut mengakui dirinya masih terasa berdosa kerana menganggu hak madunya.

“Kes saya lain. tak akan sama. Saya bukan nak menggatal, saya kenal dia baik.. Dia bawak saya jumpa bini dia. Dah 30 tahun saya berkahwin.

“Sampai sekarang terasa berdosa besar kacau hak madu saya..Nak buat apa hidup asyik makan hati? Dia makan hati, saya makan hati.. Laki makin lama makin botak fikir hal bini bini ni.. Ish korang fikirlah sendiri!,” tulisnya lagi.

Zarina Zainuddin

Untuk rekod, Zarina mendirikan dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Artikel Berkaitan: Jalani Hidup Bermadu, Zarina Zainuddin Kongsi Pandangan Isu Poligami – “Isteri Kena Reda & Tahu Tempat Dia…”

Artikel Berkaitan: “Contoh Madu Yang Baik” – Minta Kebenaran Isteri Pertama, Netizen Puji Zarina Zainuddin Tahu Adab Kahwin Suami Orang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Orang Paling Dekat Akan Rembat Laki Kita, Jaga-Jaga…” – Che Ta Usik Zain Saidin ‘Makan Beradab’ Dengan…

Alamak, harapnya Zain ok ja 🤣 10 years of marriage and still lovey dovey nah hampaa 🥰❤️

Trending Thu, 15 Feb 2018

12 ‘PANTANG’ EVERYONE MUST KNOW BEFORE THIS CHINESE NEW YEAR

Just like any other Asian cultures and celebrations, Chinese New Year has got quite a few do’s and don’ts too. Here are a few don’ts for your information just so you don’t accidentally do something silly.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Kita doakan yang baik-baik untuk Masya

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Wed, 1 Dec 2021

Varian Omicron Semakin Aktif, Peralihan Ke Fasa Endemik Ditangguhkan

Sebelum ini negara sudah bersiap siaga untuk hidup di dalam fasa endemik tetapi susulan dengan penularan varian Omicron, kerajaan terpaksa menangguhkan peralihan ke fasa endemik buat sementara waktu. Ini bagi memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan […]

Events Tue, 22 Jan 2019
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
error: Content is protected !!