Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 18, 2026 @ 8:10am

Man Kidal Lega Dapat Tunai Hasrat Arwah Sahabat, Lancar Lagu ‘Aspirasi Raya’

Pemain gitar legenda, Man Kidal meluahkan rasa lega apabila akhirnya dapat merealisasikan hasrat arwah sahabatnya, Kidat dengan menerbitkan lagu raya berjudul Aspirasi Raya.

Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood, 65, berkata lagu tersebut sebenarnya telah lama disimpan sebelum diputuskan untuk dilancarkan sempena Syawal 2026.

“Lagu ini sebenarnya sudah disimpan hampir empat tahun. Arwah sahabat saya, Kidat pernah memberikan amanah kepada saya untuk menerbitkannya dan saya rasa sekarang adalah waktu yang paling sesuai.

“Saya hanya melaksanakan hasrat yang ditinggalkannya. Walaupun dia sudah tiada, sekurang-kurangnya saya dapat menunaikan amanah tersebut.

“Arwah merupakan sahabat baik saya. Hubungan kami menjadi semakin rapat selepas tempoh PKP walaupun dia bukan seorang pemuzik, tetapi minatnya terhadap muzik sangat mendalam,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Aspirasi Raya di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.

Lagu tersebut menampilkan gabungan Man Kidal & Friends bersama penyanyi Syamel Amzah yang turut menjayakan karya berkenaan.

Dalam masa yang sama, Man turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Sulaiman selaku Pengarah Timeless Studio yang bertindak sebagai penerbit lagu tersebut.

Sulaiman berharap lagu Aspirasi Raya mampu diterima baik oleh pendengar dan menjadi antara pilihan sepanjang musim perayaan.

“Timeless Studio masih baharu dalam industri ini. Kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang untuk kami menghasilkan karya bersama Man Kidal pada masa akan datang.

“Terima kasih juga kepada Nawy yang turut terlibat dalam projek ini dan memberi sokongan kepada kami untuk terus berkarya. Kami berharap lagu ini dapat diterima oleh pendengar,” katanya.

Sementara itu, Syamel mengakui teruja apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan figura legenda seperti Man Kidal.

“Saya memperoleh banyak ilmu baharu apabila dapat bertemu dan bekerja dengan abang Man Kidal serta rakan-rakan. Pengalaman ini memang tidak boleh dinilai dengan apa-apa.

“Saya juga mengambil sedikit masa sebelum bersetuju menyertai projek ini kerana sebelum ini lebih selesa dengan kerja sebagai hos secara langsung berbanding menyanyi secara serius. Namun saya anggap ini sebagai satu rezeki dan peluang yang sangat berharga,” katanya.

Lagu Aspirasi Raya kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik, manakala muzik videonya boleh ditonton menerusi YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Betto Khai Kongsi Kisah Dengan Bekas Isteri Dalam Lagu Baru?

Biarpun sudah berpisah, hubungan kami masih baik.

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

Isu Gangguan S*ksual Pelakon Kanak-Kanak: “SENIMAN Sedia Bantu, Mangsa Harus Buat Laporan Rasmi” – Hafiz Nafiah

Mewakili Persatuan SENIMAN, Hafiz Nafiah menggesa pelakon yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual buat laporan rasmi.

Trending Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Featured Thu, 30 Oct 2025

Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”

Zul Ariffin menegaskan dia membatalkan hasratnya untuk untuk berhijrah dan membuka perniagaan di Makkah, seperti yang pernah dikongsikannya sebelum ini.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

李幸倪6月首踏红馆开唱「想要周杰伦当嘉宾」

Gin李幸倪自从加入环球唱片后,先后推出《beGin》和《Live In The Moment》,以及凭着多首冠军作品横扫多个奖项,各方面均获得佳绩!日前唱片公司宣布,李幸倪将于今年六月迎来人生首个红馆演唱会,一圆多年梦想!

error: Content is protected !!