Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 6, 2023 @ 8:00pm

Pilih Stadium Malawati, Anuar Zain 40th Anniversary Concert Hadiah Buat Peminat – “Ia Nostalgia Yang Sangat Manis”

Selama empat dekad mencipta nama di lapangan seni suara, penyanyi popular Anuar Zain, 53, bakal tampil dalam Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Oktober depan.

Menurut Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, penganjuran konsert kali ini adalah tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi padanya.

“Kalau boleh saya mahu ‘full house’. Konsert ini bagai tanda apresiasi dan terima kasih saya kepada peminat kerana memberi sokongan sepanjang pembabitan karier saya.

“Saya tak nafikan ada perasaan gemuruh, ia bagus sebenarnya sebab akan mengingatkan kita agar berhati-hati supaya kita tidak keterlaluan

“Saya akan menyanyikan lebih 20 buah lagu. Saya mahukan stamina yang baik menjelang konsert ini,” katanya kepada XTRA.

Anuar ditemui pada sidang media konsert berkenaan yang berlangsung di Jio Space, Petaling Jaya pada Rabu.

Disoal mengenai perancangan untuk menampilkan penyanyi undangan pada malam istimewa tersebut, pelantun lagu Cinta Harus Memiliki ini berkata belum ada kata putus mengenai itu sebaliknya mahu menghiburkan penonton yang hadir.

“Berkemungkinan ada tiga segmen persembahan yang kami bincangkan.

“Buat masa ini, penyanyi undangan masih belum difikirkan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dari segi persiapan konsert.

“Kita melihat kepada kesesuaian, kalau boleh saya tak mahu mengulang kembali apa yang saya telah lakukan pada konsert-konsert sebelum ini. Kalau ada, ia perlu sesuatu yang berbeza.

“Serba sedikit visual mengenai perjalanan sepanjang 40 tahun ada, tetapi konsert kali ini lebih kepada menghibur penonton yang hadir, cuma penceritaan tetap ada,” kongsinya teruja.

Memilih Stadium Malawati sebagai lokasi konsert meraikan 40 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air, Anuar berkata lokasi tersebut memberikan nostalgia manis kepadanya.

“Saya sudah mengadakan konsert di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis.

“Bagi saya, lokasi itu sangat praktikal kerana ia berbentuk empat segi dan sangat senang bekerja. Malah, pencahayaan dan sistem bunyian yang dimiliki sangat baik.

“Antara sebab lain saya memilih lokasi ini kerana Shah Alam adalah tempat saya tinggal dan membesar,” jelasnya.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +60 11 5100 3111.

Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

“Tenang Semua, Jodoh Aturan Allah…” – Amira Othman

Amira Othman nasihat dosa dengan. manusia tak akan selesai sekalipun mati syahid

Hiburan Thu, 7 Nov 2024

“Saya Harus Dalami Ilmu Untuk Jadi Isteri Terbaik” – Neelofa Banyak Belajar Selepas Kahwin

Neelofa mahu mendalami ilmu untuk belajar menjadi isteri terbaik.

Events Fri, 8 Jun 2018

Donald Trump Anjur Majlis Buka Puasa

Kami rasa ini kemuncak tindakan hipokrit Donald Trump. Mengenakan sekatan terhadap orang Islam dalam masa sama meraikan diplomat kanan di Rumah Putih untuk berbuka puasa.

Trending Wed, 21 Aug 2019

This Revolutionary Method of Using the Typical Plastic Food Container is Either Hilarious or Actual Genius!

Everyone is today-year-old to realize the full potential of these typical plastic food containers.

Trending Wed, 28 Feb 2018

超可爱「海象信箱」每天上演时装秀

相较于本地千篇一律的信箱,在国外可是有各式各样的信箱,更有不少屋主会把信箱当作是自己住宅的标志之一。日前就有美国网友分享邻居的「可爱海象信箱」,且会不定时换装,上演海象时装秀。

Featured Thu, 19 Sep 2024

Didakwa Berlagak Jadi Hero Malaysia, Caprice Dedah Wajah Individu ‘Biadap’…. Mahu Ludah Muka Isteri

Mak aih, berani betul sampai nak ludah muka isteri orang😡😡😡

Hiburan Thu, 9 May 2019
Featured Sat, 28 Jun 2025

Imran Aqil Sedih Anak Sulung Dijangkiti Covid-19

Imran pada mulanya berpendapat anaknya itu hanya mengalami bronkitis.

error: Content is protected !!