Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2025 @ 3:05pm

CSOIAM: Gemuruh Kembali Ke Pentas Selepas 15 Tahun, Dayang Nurfaizah Titip Nasihat Kepada Peserta

Meski sudah 15 tahun berlalu, namun penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui masih gemuruh untuk menyanyi di pentas berprestij One In A Million (OIAM) yang pernah disertainya pada musim pertama.

Tampil memeriahkan pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) pada minggu kedua, Dayang menyanyikan dua lagu hitsnya berjudul Hakikat Cinta dan Lemah, sekali gus turut menitipkan pesanan dan dorongan kepada barisan Top 14 yang bertanding, minggu lalu.

“Saya sehingga sekarang masih gemuruh apabila berada di pentas OIAM, lebih-lebih lagi menyanyi di hadapan penyanyi-penyanyi hebat ini.

“Sedikit pesanan kepada para peserta, saya faham jika mereka risau atau gemuruh, tetapi bagi Dayang, setiap kali kita membuat persembahan, kita hanya perlu nyanyi, nikmati saat itu dan berikan sepenuhnya apabila berada di pentas. Anggaplah setiap kali anda menyanyi, itu adalah persembahan terakhir anda,” katanya. 

Dalam masa sama, pelantun lagu popular Di Pintu Syurga ini bagaimanapun memahami tekanan yang dilalui oleh setiap peserta, selain akur mereka perlu berdepan dengan komen-komen netizen.

Justeru, Dayang menasihati kesemua peserta CSOIAM untuk bersedia terutamanya dari segi mental.

“Saya faham, dalam era media sosial sekarang, tekanan yang mereka hadapi jauh lebih tinggi, terutama dengan komen-komen daripada netizen. Sebaiknya, abaikan komen negatif itu dan fokus pada persembahan yang lepas untuk mengenal pasti di mana kesilapan berlaku.

“Meminta pendapat orang lain itu tidak salah, tetapi jika berlebihan, ia boleh mengganggu fokus, lebih-lebih lagi kerana pertandingan ini berlangsung setiap minggu. Saya benar-benar memahami betapa sukarnya untuk mengekalkan kekuatan mental dan jiwa yang teguh dalam situasi seperti ini,” katanya lagi.

Minggu kedua yang dimulakan dengan Top 14 berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila empat bakat muda terpaksa meninggalkan pentas, iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat. Keempat-empat mereka telah memberikan persembahan sehabis baik, yang rata-ratanya menerima komen positif daripada pihak juri.

Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif.

Peserta paling ‘FIZZ’ minggu ini pula dinobatkan kepada Jimi selepas mendendangkan lagu Di Penjara Janji dengan persembahan yang penuh tenaga, kekuatan vokal, dan keaslian pada nada rendah yang terpancar. Kemenangan ini sekali gus membuka peluang keemasan buatnya berduet bersama penyanyi, penulis lagu, dan komposer terkenal, Aina Abdul, bagi tugasan minggu hadapan, membawa dimensi baharu kepada persembahannya. 

Minggu hadapan, cabaran baharu! Persaingan diteruskan dengan baki 10 peserta yang akan berentap mengikut tema “Rasa Paling Indah”, menjanjikan hiburan yang penuh dengan irama kegembiraan. Mereka ialah Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid. Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian berada di tangan anda, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ain Edruce Kini Tunangan Hafiz

Selamat bertunang Ain & Hafiz, comel je tengok gelagat dorang ni tau!

Featured Wed, 27 Mar 2024

Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Haaa, siapa cakap Mimi songsang tu baik minta maaf siap-siap!😱

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

「小队长」卢广仲明年1月4日驾到!

卢广仲「大人中」世界巡回演唱会大马站定档2020年1月4日在莎阿南美拉瓦蒂室内体育馆引爆,卢广仲喊话 “十年后的第一年,来聚聚吧!”

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Elyana Dedah Hidap Kanser Tahap 4

“Doktor Pernah Cakap Saya Hanya Akan Hidup Setahun Saja Lagi,”

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya #Mambonom5 Johan dan Ozlynn

Johan turut menulis caption beserta tanda pagar #mambonom5, comel betul! Tahniah daripada kami buat seluruh keluarga Johan dan Ozlynn Wati. 

Hiburan Sat, 19 Apr 2025

Shuib Tarik Nafas Lega, Hutang Perniagaan Puluhan Ribu Kian Susut

Shuib lega hutang berpuluh juta berkurang, Bubble Bee kritikal

Hiburan Sat, 19 May 2018

《2018世界传媒节》首要媒体夺5大奖项

首要媒体集团电视网络(MPTN)再创辉煌,于德国汉堡举行的《2018世界传媒节》中,成功夺下5大奖项,其中包括3项金奖及2项银奖。

error: Content is protected !!