Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2024 @ 2:23pm

Kesal Netizen Fikir Negatif, Ruhainies Tampil Bersuara Isu Video Berada Di Lapangan Terbang Bersama Aliff Aziz – “Itu Tengah Doa Sebelum Mula Shooting”

Pelakon sensasi, Ruhainies tampil menjelaskan mengenai video tular berada di lapangan terbang bersama aktor sensasi, Aliff Aziz.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Ruhainies menyatakan mereka berada di lapangan terbang bersama krew produksi dan rakaman video di IGS itu adalah bacaan doa sebelum memulakan penggambaran drama Terjerat Cinta.

“Itu video orang berdoa sebelum mula penggambaran.

“Crews everywhere, with walkie talkie. And semua orang pun tahu kami masing dalam pengambaran drama,” katanya.

Dalam masa sama, Ruhainies meluahkan rasa kesal apabila ramai pihak membuat spekulasi hanya berdasarkan video di IG itu.

“Kurang 15 minit saya kongsikan video itu di Instagram dah viral di TikTok, Instagram dan Facebook. Menunjukkan betapa teruk mentaliti kita.

“Fikiran semua penuh dengan perkara negatif.
“Perkara ni menunjukkan dunia dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah.

“Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering. Jaga lidah, jaga lisan.

“It’s friday, on bulan RAMADAN.. muhasabah. Pesanan pada diri sendiri juga.

“Semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik pada anda juga. Amin,” katanya.

Ruhainies

Sebelum ini, kelibat Ruhainies dan Aliff berada di lapangan terbang didakwa bakal menjalani ibadah Umrah apabila mereka lengkap memakai busana serba putih.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz hangat menjadi perbualan ramai di media sosial apabila mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Artikel Berkaitan: Isu Khalwat, Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Terkutuk – “Kini Dia Lebih Banyak Diam”

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Meet BTS Members’ Siblings a.k.a Your Future In-Laws

If you’re going to marry Oppa, you need to know his family.

Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Tiada Sengketa! Rizman Ruzaini Nafi Hubungan Persahabatan Dengan Nur Fazura Bermasalah

Ada yang mendakwa mereka kini bermasam muka… Betul ke?

Hiburan Fri, 29 Nov 2024
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

方逸华追思会 郑裕玲曾志伟等人现身

邵逸夫遗孀邵方逸华(六婶)上月22日病逝,享年83岁,其家人已于上月底为她举行过葬礼,昨天再在邵氏影城举行一场为时7小时的追思会。

error: Content is protected !!