Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 12, 2024 @ 3:18pm

Kongsi Tradisi Ramadan, Diana Danielle Seronok Masak Banyak Ketika Sahur

Pelakon Diana Danielle tampil berkongsi tradisinya bersama suami, Farid Kamil setiap kali menjelang Ramadan.

Menurut Diana, dia sangat suka masak pelbagai makanan ketika bersahur berbanding waktu berbuka.

Malah, Diana turut menyatakan suaminya, Farid lebih menitikberatkan segala perihal tentang amalan ketika berpuasa kepada anak-anak mereka, Muhammad dan Aurora.

“Untuk tradisi Ramadan, saya rasa lebih pada diri saya. Tradisi saya adalah saya suka masak besar ketika sahur.

“Orang selalu masak besar waktu berbuka kan? Tapi saya tak boleh, sebab macam lapar tu dan saya tak boleh nak rasa makanan tu. Jadi, saya lebih suka masak ketika sahur.

”Lepas tu saya akan masak rendang ayam hancur kegemaran Farid. Dan Farid akan pastikan anak-anak puasa penuh dan solat terawih, itu bahagian dialah. Saya hanya fokus untuk bahagian dapur dan makanan,” katanya.

Kongsi Diana, dia dan Farid sering berusaha untuk menekankan nilai positif disebalik berpuasa kepada Muhammad dan Aurora agar mereka lebih faham keindahan disebalik bulan Ramadan itu.

“Untuk Muhammad, Alhamdulillah, dia dah berpuasa penuh. Farid memang tegas dengan anak lelaki. Tapi untuk Aurora ni, dia ada hari-hari dia.

“Dia pun baru lapan tahun. Cuma mungkin dia kena fahamkan dulu apa makna disebalik berpuasa dan kebaikannya.

”Sebab mereka masih belum matang lagi untuk faham apa kebaikan disebalik puasa itu. Jadi, tahun ni kami pilih untuk buat mereka faham tentang itu.

”Lagipun puasa ni untuk memupuk kesabaran, toleransi dan menahan nafsu. Jadi benda-benda itulah yang kami nak buat anak-anak faham,” jelasnya.

Ditanyakan mengenai persiapan raya, Diana menyatakan keluarganya lebih selesa untuk bersederhana dan tidak berbelanja secara berlebih-lebihan.

“Keluarga saya agak simple dalam cara kita sambut raya. Kami takda baju macam sampai lima hingga enam helai. Dua dah cukup. Kalau tak cukup pakai yang tahun lepas punya baju.

”Kita kena beringat yang kita tak boleh membazir dan beria sangat sebab kita nak beribadah. Bulan ni bukanlah satu ‘celebration’. Jadi kita kena saling mengingatkan bahawa raya tu adalah untuk kita sambut pengorbanan kita di bulan Ramadan,” katanya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

SIAPA BABY JNM?

Akhirnya, jawapan bagi persoalan siapa baby JNM itu sudah terungkai apabila, pasangan comel ini telah mengumumkan nama anak mereka sebagai Jeanelle Nika Mandagie.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Sitkom J.K.K Cetus Kontroversi Gara-Gara…?

Amboiiii, Pak Kodie ni pun!

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan

Trending Wed, 14 Jul 2021
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Sajat Nafi Gila Glamour

Kita tak boleh halang mulut orang untuk bercakap atau mengata. Dari dulu lagi ‘makcik bawang’ akan tetap bercakap. Kehadiran saya dalam industri muzik adalah sekadar mewarnai industri hiburan, bukan gila glamour!

error: Content is protected !!