Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 30, 2023 @ 12:06pm

Proses Hadanah Interim Farid Kamil & Diana Danielle Masih Berjalan, Keputusan 8 Ogos ini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 8 Ogos ini bagi keputusan inter-parte (kedua-dua pihak) pelakon Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anak mereka.

Dua anak itu ialah Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, yang mana kedua-duanya adalah hasil perkahwinan pasangan itu pada tahun 2012.

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak memaklumkan akan memfailkan dokumen hujahan berkaitan kes secara serentak.

“Mahkamah menetapkan 30 Jun ini bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan sebelum keputusan kes ditetapkan pada 8 Ogos ini,” kata hakim syarie itu.

Terdahulu semasa prosiding, peguam
syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid selaku responden memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit tambahan.

Dalam pada itu peguam syarie Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff yang mewakili Diana selaku pemohon turut memaklumkan pihaknya juga telah memfailkan segala afidavit secara teratur.

Semasa prosiding, berhubung dengan hadanah interim yang akan tamat pada hari ini, Puteri Ummi memohon supaya mahkamah melanjutkan perintah itu sehingga tarikh keputusan.

Justeru mahkamah kemudian membenarkan permohonan pemohon untuk hadanah interim kepada Diana dilanjutkan sehingga tarikh 8 Ogos ini.

Sejurus selepas prosiding, Puteri Ummi ketika ditanya mengenai afidavit tambahan yang dikemukakan Farid, peguam syarie itu berkata antaranya melibatkan resit dan perbelanjaan.

“Bagaimanapun maklumat lengkap mengenai isu tersebut tidak boleh didedahkan secara terperinci,” katanya.

Pada 24 Mac lalu, Diana telah memperoleh hadanah interim dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama.

Sebelum ini, Farid dalam prosiding terdahulu, mendakwa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, sejak awal bulan ini.
Pada tempoh sama, difahamkan Farid juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini menetapkan bagi Farid dan Diana memaklumkan kepada mahkamah laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pasangan itu. Prosiding itu akan berlangsung petang ini.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, telah melantik pengurus bagi mewakili dirinya manakala Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, pula melantik kakaknya.

Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Sun, 23 Sep 2018

「10个睡梦冷知识」醒不过来是身体瘫痪啦!

你常做梦吗?每次做梦醒来,你还能记得多少梦境内容?关于大脑在夜晚的运动,到底蕴藏着什么秘密?

Trending Sun, 18 Nov 2018

Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

”Saya Dah Tak Mampu Teruskan Kehidupan,” Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

Featured Wed, 12 Apr 2023

Tolak Tawaran Pendamaian Farid Kamil, Diana Danielle Nekad Berpisah – “Hanya Mahu Perkahwinan Berakhir…”

“Diana bersetuju untuk bercerai selepas Syawal” – Peguam Syarie Akberdin

Featured Wed, 20 May 2026

“Janganlah Potong Mood, Saya Ni Penggeli” – Abby Abadi Tegur Peniaga Guna Kotak Sangkar Hamster Bungkus Makanan

Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila makanan yang dipesan menerusi atas talian yang diterimanya dibungkus menggunakan kotak sangkar haiwan.

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Ada Orang Tanya Kenapa Perut Besar’- Shila Amzah Jawab Soalan Netizen

Shila Amzah memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan bayi lelakinya.

error: Content is protected !!