Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 30, 2025 @ 1:26pm

[VIDEO] Sajat Mahu Tunai Umrah Kali Kedua, Kali Ni Berpenampilan Sebagai Lelaki – “Saya Tak Nak Ulangi Kesilapan Lalu”

Usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman menyuarakan hasrat untuk menunaikan ibadah Umrah pada tahun hadapan dengan penampilan sebagai lelaki, iaitu jantina asalnya.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, memberi bayangan dirinya kini dalam proses perubahan diri.

“Kalau saya pergi Umrah kali ini, saya akan berpakaian seperti lelaki. Biarlah rambut panjang sekali pun.

“Tahun ini saya rasa sangat gembira. Insya-Allah, tahun depan saya akan menunaikan Umrah lagi,” katanya.

Mengimbas kembali kontroversi yang pernah melanda dirinya ketika menunaikan Umrah sekitar tahun 2020, Sajat mengakui tidak mahu lagi mengulangi tindakan yang mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila berpakaian seperti wanita sepanjang berada di Tanah Suci.

“Kita belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini. Saya tak nak ulang kesilapan sama yang boleh buat orang marah.

“Keluarga saya pun pernah berpesan, apa pun yang berlaku, jangan sekali-kali tukar agama,” ujarnya.

Sebelum ini, Sajat mencetuskan kontroversi apabila tampil berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan ibadah Umrah, sehingga mencetuskan kecaman netizen dan perhatian pihak berkuasa agama sehingga dia membawa diri ke Australia.

@su.ufora

Hidayah Allah ni boleh dtg bila2 . Mana tahu asbab ke umrah nanti terdetik utk balik ke asal . 😭 Moga baik2 saja utk dia .

♬ الصوت الأصلي – Walid korabi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Kes Mahkamah Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Sun, 28 Apr 2019

Psst…Cara Mudah Cantik Macam Priyanka Chopra!

Saya sedar harus melakukan sesuatu agar benar-benar terlihat seperti yang dilakukan untuk muka depan majalah.

Trending Fri, 22 Jan 2021
Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Sat, 15 Mar 2025

Lagu Raya ‘Syawal Rindu’ Kolaborasi Sulung Black Hanifah & Adira Suhaimi

Penyanyi popular, Black Hanifah dan Adira Suhaimi kini tampil  dengan lagu raya baharu mereka pada tahun ini.

Featured Wed, 25 May 2022

Bekas Suami Ziana Zain Terlepas Hukuman Penjara

Armin Zaharin digugurkan hukuman penjara lapan bulan tetapi dikenakan denda sebanyak RM8,000.

Featured Fri, 16 Aug 2024

Didakwa Curi Barangan Kemas & Wang RM10,000… Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

Agak-agak siapa gerangan artis wanita popular dan pembantu peribadi yang dimaksudkan?👀

Featured Thu, 6 Apr 2023

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Beruntungnya EL.. Alhamdulillah. Salah satu nikmat paling bahagia buat para ibu ❤️

error: Content is protected !!