Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 7, 2021 @ 5:25pm

Perbicaraan Penuh Kes Saman Fitnah Siber Siti Nordiana Ke Atas 5 Sekawan Bermula Pada 15 Oktober, Zoey Rahman Bakal Jadi Saksi

Penyanyi Siti Nordiana akan memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes saman fitnah di laman media sosial Instagram yang difailkan beliau ke atas lima individu pada bulan Ogos lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar perbicaraan penuh kes saman fitnah wanita yang dikenali sebagai Nana ke atas penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, pegawai perhubungan awam Sam Samin dan jurusolek Aida G dijalankan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.

Peguambela Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Samin dan Aida G menyatakan yang kedua-dua defendan yang diwakili beliau akan mengemukakan tujuh orang saksi, termasuk kedua-dua anak guamnya.

“Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Nana,” kata Nurul Hafidzah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman: Peguam Sam Samin & Aida G Nafi Dakwaan Fitnah Siti Nordiana

ARTIKEL BERKAITAN: Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

Terdahulu, Nurul Hafidzah menyatakan yang pihak plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana tiada sebarang pernyataan fitnah yang telah dikeluarkan oleh anak-anak guam beliau.

Peguam tersebut juga berpendapat bahawa kes saman fitnah yang diambil oleh Siti Nordiana tidak memenuhi kesemua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang telah memfitnah.

“Pada setakat ini, dokumen-dokumen, fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi dari Nana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini,” tambah Nurul Hafidzah.

Nana adalah saksi plaintif yang pertama dan akan masuk ke kandang saksi pada hari pertama dan kedua perbicaraan.

Penyanyi tersebut akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebar Fitnah, Siti Nordiana Saman Syura, Lan Solo & Isteri Serta 3 Individu Lain

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana Hantar Writ Saman Tuntut Syura, Lan Solo & 3 Individu Bayar RM2.5 Juta Serta Mohon Maaf Di Media

Ketua pasukan pembelaan bagi defendan keempat dan kelima tersebut juga berkata yang Nana akan berada dalam kandang saksi sepanjang masa beliau diperiksa balas dan diperiksa semula dalam memberikan keterangan beliau kerana beberapa bukti penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini media melaporkan yang bicara saman fitnah tersebut akan bermula pada 29 September tetapi ia telah ditangguhkan ke bulan in kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil Abu Syafiq di Kuantan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hael Husaini ‘Upah’ Bodyguard Demi AJL? Harap Kesihatan Stabil Tidak Jejaskan Persembahan

“Saya harap kesihatan saya stabil dan AJL39 kali ini memberikan impak yang besar untuk industri kita ditahun 2025 ini.

Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Fri, 25 Feb 2022
Featured Sat, 1 Mar 2025

Wanita Warga Jepun Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Kondominium

Kes ini disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Hiburan Wed, 3 Sep 2025
error: Content is protected !!