Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 4:54am

Sheila Rusly Kecewa Dengan Syafiq Kyle?

Alamak… kenapa ni? Dengar cerita, sis Sheila Rusly kecewa dengan hero drama Dekatkan Jarak Kita, Syafiq Kyle! 

Katanya, ini semua gara-gara drama popular itu tidak dapat dirakam untuk versi raya tahun ini.

Menurut Sheila, pihaknya telah menyiapkan skrip dan sudah memberikan tarikh kepada pelakon-pelakon untuk menjalani penggambaran pada dua bulan lalu namun terpaksa dilupakan gara-gara Syafiq yang sudah terikat dengan komitmen lain.

“Skrip semua dah siap. Tapi malangnya kami tak boleh teruskan penggambaran.

“Saya sangat kecewa dan sedih. Bukan niat saya nak aibkn atau jatuhkan dia (Syafiq). Tapi kami dah siap-siap bagi tarikh tapi dia tak dapat buat disebabkan ada komitmen lain,” katanya.

Sheila ditemui di anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang berlangsung Ahad malam.

Enggan mengambil pelakon lain bagi menggantikan watak Syafiq, sebaliknya Sheila lebih senang membatalkan projek tersebut daripada menghasilkan sesebuah produk yang tidak berkualiti.

“Semua tahu macam mana saya bekerja. Saya tak buat kerja cincai.

“Saya tak boleh sewenang-wenangnya tukar pelakon sebab watak itu dipegang oleh Syafiq, kalau orang lain lakonkan dah tak jadi Dekatkan Jarak Kita.

“Sebab itu saya lebih rela tak buat terus daripada menggunakan pelakon lain untuk menggantikannya,” jelasnya.

Sementara itu, Syafiq pula memberitahu semua yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham dan dia melihat perkara itu dari sudut positif.

“Saya rasa semua kecewa apabila drama Dekatkan Jarak Kita untuk edisi raya tidak dapat diteruskan.

“Tapi saya melihat perkara ini dari sudut yang positif, ia bukan rezeki kami.

“Saya tak tarik diri tapi sebaliknya saya terikat dengan penggambaran satu drama bersiri daripada stesen sama. Saya rasa orang yang paling sesuai untuk menjawab persoalan ini adalah pengurusan stesen tv tersebut.

“Saya hanya buat kerja saya sebagai pelakon. Saya rasa perkara ini hanyalah salah faham dan saya sudah pun meminta maaf pada Sheila,” katanya.

Dekatkan Jarak Kita yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 dilakonkan Syafiq Kyle dan Ayda Jebat.

Menerusi DFKL 2018, drama itu berjaya meraih kategori Drama Pilihan dan gandingan utamanya membawa pulang trofi Pasangan Pilihan hasil undian peminat di laman web www.dfkl2018.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Mar 2025
Hiburan Sat, 8 Mar 2025

“Takkanlah Setiap Kali Jumpa Anak, Saya Nak Upload..” – Fattah Amin Nafi Tuduhan Terlalu Sibuk Sampai Tak Sempat Bertemu Fatima

Fattah Amin menyangkal tuduhan yang mendakwa dia tidak sempat bertemu anak kerana terlalu sibuk.

Featured Thu, 12 Aug 2021

Kes Kematian Wanita Hamil Naik Mendadak, Dr Hisham Minta Golongan Ini Segera Divaksin

Berikutan peningkatan kes kematian dan jangkitan teruk yang melibatkan wanita hamil telah meningkat secara mendadak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyeru semua ibu hamil untuk mengambil vaksin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham […]

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Ross Ariffin 3 Tahun Hidup Menderita, Dulu Komposer Terkenal Kini Gelandangan Kaki Lima

Kesiannya Ross Ariffin, semoga segala urusan dipermudahkan…

Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Zul Ariffin Kahwin Tahun Depan?

Saya mahu berkahwin pada tahun depan cuma buat masa sekarang…

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

error: Content is protected !!