Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops July 23, 2018 @ 8:49am

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Pelakon yang semakin meningkat naik, Niena Baharun meluahkan rasa lega kerana makanan yang diidamkan nya semenjak mengandung adalah memakan buah durian. Bagaimanapun, Niena berjanji tidak akan menjamah buah itu lagi kerana memikirkan kesihatannya. 

“Kalau ikutkan suami, dia tak bagi saya makan durian apatah lagi memberi buah itu kepada saya untuk dijamah.

“Namun, mujurlah ibu bapa mentua sukakan durian… Jadi baru-baru ini, lepaslah juga rasa teringin dengan memakan 10 ulas durian.” Katanya 

Niena yang berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang itu turut mengakui sentiasa merindui juadah Pantai Timur kerana selera makannya yang semakin menjadi-jadi.

“Apabila ada peluang, saya akan balik ke Kelantan untuk menikmati juadah di sana. Saya selalu teringin makanan Kelantan, tekak memang berselera.” Katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman mengandung, Niena bersyukur tidak mengalami apa-apa alahan atau menghadapi sebarang masalah.

“Saya bersyukur kerana kandungan dan diri saya baik-baik saja. Saya masih boleh menghadiri acara jika dijemput. Saya harap dan berdoa semuanya dipermudahkan hingga detik melahirkan bayi kelak.” Jelas Niena

Menurut Pelakon Jangan Benci Cintaku ini, dia sudah berehat daripada semua aktiviti seni menjelang tarikh bersalin yang dijadualkan pada November depan.

“Kali terakhir saya turun ke lokasi adalah pada Ramadan lalu bagi menyiapkan penggambaran drama Jangan Benci Cintaku yang sedang ditayangkan sekarang.

“Buat ketika ini, saya berehat dan membuat persiapan untuk menyambut orang baharu,” katanya yang merahsiakan jantina bayi sulungnya itu.

Sumber: Instagram

Bagaimanapun, Niena bersyukur mempunyai suami yang sentiasa menyokong karier seninya. Patut lah sekarang ni Niena kelihatan semakin berseri-seri, betul tak?

“Saya akan terus berlakon… Suami juga tiada masalah, cuma faktor masa dan watak perlu sesuai dengan saya apabila sudah ada anak.” Katanya yang bernikah dengan Aliff Firdaus pada 1 Februari lalu.

Kepada semua peminat Niena Baharun, jangan lupa untuk menonton Jangan Benci Cintaku menerusi portal tonton!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Featured Wed, 31 Jul 2024

“Shut Your Mouth & Piss Off”- Ameera Khan Perjelas Spekulasi Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen

Kesian baby! Sudah-sudah lah gosipkan dengan Meerqeen okay😞🐝

Hiburan Thu, 6 Mar 2025
Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Wed, 17 May 2023
Events Tue, 12 Nov 2019

Fauziah Latiff Kembali Galas Tanggunggjawab Besar Dalam ‘Mahathir The Journey’

Wah, tak sabar rasanya nak tengok perjalanan kisah hidup Tun M!

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Senang-Senang Tengok Video Saya” – Syaiful Zero Jawab Tuduhan Kutip Sumbangan Untuk Kegunaan Peribadi

Syaiful Zero menegaskan setiap sumbangan yang diterima disalurkan sepenuhnya bagi tujuan infaq

Hiburan Mon, 8 Dec 2025
error: Content is protected !!