Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 6, 2025 @ 3:33pm

Akui Terasa Hati, Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Bawa Wanita Lain Jumpa Anak Sebelum Kahwin? – “Pernah Ke Kau Ajar Diorang Terima Aku?”

Isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh semakin berani bersuara dan tidak mendiamkan diri membongkarkan kemelut rumah tangganya bersama selebriti itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Fara meluahkan rasa kesal apabila Shuk tidak henti menggunakan anak sebagai isu, selain mendakwa selebriti itu membawa wanita lain berjumpa anak-anaknya sebelum mereka mendirikan rumah tangga sekitar November 2023.

“Tak habis kau gunakan isu anak, pernah kau ajar anak-anak kau terima aku? Siapa perempuan yang kau bawa jumpa anak kau dulu? Bukan aku Shuk..

“Aku terasa hati sebab kau nak kahwin dengan aku, tapi kau bawa anak-anak kau kenal perempuan lain. Sudah-sudah la tu kau jual pasal anak. Kau jumpa anak kau pun setahun sekali..,” katanya.

Fara sebelum ini mendedahkan perbualan WhatsApp bersama suaminya, yang memaparkan Shuk mengakui telah menamparnya, selain turut menggelarkannya ‘papan’.

Selain tidak bertanggungjawab memberi nafkah, Fara turut menegaskan dia tekad untuk berpisah dengan Shuk kerana sikapnya yang kasar.

“Aku nekad nak bercerai dengan kau alasan kau abaikan tanggungjawab, kau kasar. Aku tak pernah dapat hak,” katanya.

Sebelum ini, rakan baik Shuk, Raje Ridzuan Khai yang tampil mempertahankan selebriti itu dengan memuat naik beberapa bukti sekaligus menyangkal beberapa dakwaan Fara.

Sebelum ini, Fara mendedahkan bahawa dia telah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023, dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka.

Sebelum itu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera, namun perkahwinan mereka berakhir pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Artikel Berkaitan: Saling Berbalas Kenyataan, Rakan Baik Dedah Perbualan Fara Salleh ‘Naik Hantu’, Hina Shuk Sahar – “Kalau Betul Pentingkan Diri, Dia Dah Biar Awak M*ti!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Mar 2018

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

Trending Tue, 9 Jun 2020

Tarikh Buka Semula Sekolah Akan Diumumkan Esok

Dah ready ke nak masuk sekolah semula?

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Watch YB Syed Saddiq Have a Friendly Debate Against Form 4 Students

Who could actually argue with such a charismatic man though?

Featured Thu, 20 Jul 2023

“Bergenang Air Mata, Very Inspiring!” – Ramai Tersentuh, Alif Satar Kongsi Cabaran & Perjalanan Tunai Haji

Masya-Allah, perkongsian yang sangat padat dengan pengajaran. Sebak min dengar!😥

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Segak Sarung Jubah Konvokesyen, Aksi Spontan Nazim Othman Tiru Pempengaruh Viral Undang Dekah Peminat

Pelakon Nazim Othman tampil segak menyarung jubah konvokesyen sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya. Perkara itu telah dikongsikan oleh Nazim menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Nazim turut meniru aksi […]

Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Realiti Atau Publisiti? Alina Mentor Otai Mohon Bantuan

Ramai netizen menganggap bahawa isu seperti ini agak cliche untuk dibangkitkan lagi bagi meraih undi dan populariti. Al-maklumlah bagi mereka, rakyat Malaysia mudah termakan simpati.

error: Content is protected !!