Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 8, 2025 @ 4:03pm

“Dia Mulakan Perniagaan Dengan Resepi Saya” – Ibu Mentua Terkilan, Dakwa Zahnita Wilson Sebar Fitnah

Ibu mentua pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Norazlina Abdullah mendakwa dia tidak menyangka selebriti itu sanggup memfitnah serta menyebarkan perkara buruk mengenainya.

Memetik laporan mstar, Azlina mendakwa dia terlalu menyayangi Zahnita sehingga sanggup berkongsi resepi pai yang menjadi sumber pendapat selebriti itu kini.

Meskipun terkilan dengan tuduhan menantunya itu, namun Azlina menjelaskan dia tidak mempunyai masalah dengannya.

“Dia ada hubungi saya untuk mohon maaf, tetapi saya mahu jelaskan tiada sebarang perbualan berlaku.

“Saya pelik kenapa dia perlu bercakap buruk tentang saya? Saya yang berkongsi resepi shepherd pie kepada dia.

“Dia mulakan perniagaan dengan resepi saya. Saya tiada sebarang masalah dengan Zahnita. Jika saya tidak suka kenapa saya sanggup kongsi resepi?,” dakwanya.

Kemelut rumah tangga Zahnita dan suaminya, Abdul Zackery mula menjadi perbualan ramai selepas selebriti itu berkongsi foto mata lebam sekali gus mendakwa dirinya terbabit dalam keganasan rumah tangga.

Namun begitu, plot twist berlaku apabila suaminya pula mendakwa dia pernah hampir di muay thai’ oleh Zahnita.

Bukan itu sahaja, Abdul Zackery juga mendakwa isterinya itu berlaku curang sehingga bertindak lari dengan kekasih gelapnya itu selama enam bulan.

Artikel Berkaitan: “Saya Sedia Lafaz Talak Dengan Syarat..” – Suami Dakwa Zahnita Wilson Curang, Lari Dengan ‘Kekasih’ Selama 6 Bulan

Artikel Berkaitan: Plot Twist! Suami Dakwa Jadi Mangsa ‘Muay Thai’ Zahnita Wilson – “Bila Ada Yang Serang, Kita Perlu Defensif”

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Artikel Berkaitan: Gagal Tahan Sebak, Zahnita Wilson Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Didera Suami – “Saya Rasa Macam Hamba”

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Dec 2024
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Belum Bertunanglah…

Afieq memaklumkan tujuan gambar itu dimuatnaik bukan untuk mencipta gimik dan mendiamkan diri apabila diajukan soalan.

Hiburan Sat, 2 Nov 2019
Featured Tue, 25 Oct 2022

Gara-Gara ‘Twerk’ & Usik Jurusolek Melatah, Video Dynas Mokhtar Dibanjiri Komen Nakal Lelaki Gatal?

Amboiiii, nakalnya komen komen lelaki kat video Dynas ni 🤯 Takut min baca 😖😫

Featured Sat, 16 Oct 2021

“Kita Akan Masuk Ke Rumah & Suntik Ketika Mereka Tidur”- Presiden Filipina Mahu Ketuai Misi Cucuk Vaksin Kepada Golongan Anti-Vaksin

Baru-baru ini, presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu solusi untuk menghapuskan golongan antivaksin dengan menyuntik vaksin Covid-19 ketika mereka tidur di rumah. Duterte berkata, kadar vaksinasi harus segera meningkat supaya kerajaan dapat mencapai 50 […]

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Trending Mon, 26 Jul 2021
error: Content is protected !!