Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 28, 2023 @ 5:35pm

Individu Dakwa Que Haidar Bongkak & Hanya Layan Peminat Beri Hadiah Di TikTok Saja, Tuan Badan Tampil Bersuara!

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Que Haidar tiba-tiba dipetik individu yang mendakwa dirinya bongkak serta memilih hanya melayan peminat yang memberi hadiah atau duit semasa melakukan siaran langsung di TikTok.

Berdasarkan sebuah ciapan, individu berkenaan berkata aktor ini bersikap ego sepanjang siaran langsung tersebut berlangsung.

“Tak nak tengok sangat QH (Que Haidar) TikTok live. Dia memilih, hanya baca komen kawan-kawan yang bagi coins (hadiah) pada dia saja. Kita yang miskin, dia tak komen. Dia ada ego sebab dia pelakon kan,” tulis individu berkenaan.

Menyedari namanya menjadi sebutan, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar tanpa berdiam diri tampil menjernihkan keadaan menerusi satu hantaran status di TikTok.

Menurutnya, dia memohon maaf kepada individu tersebut terlebih dahulu kerana telah menggoreskan hatinya. Jelas Que Haidar, aktor filem terkenal Lagenda Budak Setan ini tiada niat untuk mengabaikannya.

“Assalamualaikum semua. Selalunya sebelum saya akhiri live, saya akan mendoakan untuk semua dan saya juga minta maaf jika ada silap saya serta rakan-rakan pada semua yang menonton.

“Saya cuba. Saya cuba untuk tiada sesiapa pun yang terasa hati dengan saya. Ya, saya cuba. Maaf sekali lagi pada sesiapa yang masih ada terasa hati dengan saya.

“Kepada saudara ini yang post tweet tentang terasa hati dengan saya, saya tidak tahu apa niat saudara tapi saudara sentiasa dalam doa saya. Maaf jika saya terlepas pandang komen saudara,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya memuji Que Haidar seorang pelakon dan selebriti yang rajin melayan peminat-peminatnya dan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Dia ok je la. Tak sombong. Beratus-ratus komen pun laju. Mana yang dia sempat dan perasan, dia bacalah,” kata salah seorang netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 May 2026

Izreen Azminda Luah Rasa Sebak, Hargai Keikhlasan Intan Saleh Sudi Memaafkan & Berdamai – “Jika Dapat Diputarkan Kembali, Tak Mungkin Jalan Ini Dipilih”

Izreen turut meluahkan rasa kesal terhadap apa yang telah berlaku dan mengakui andai masa boleh diundurkan, dia tidak akan memilih jalan yang sama.

Featured Sun, 24 Nov 2024

Tokoh Muzik Legenda Ahmad Nawab Meninggal Dunia

Tokoh lagenda negara, Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia.

Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Sat, 1 Jun 2019

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上报名!

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上招募!

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Events Tue, 7 Nov 2017

30 LAGU TEMBUSI SEMI FINAL MUZIK-MUZIK 32

Sebanyak 30 buah lagu telah berjaya menembusi semi final muzik-muzik yang ke-32. Antara lagu-lagu yang layak adalah berdasarkan undian peminat di carta MM32 dan juga secara wild card menerusi showcase MM32.

error: Content is protected !!