Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 15, 2024 @ 5:27pm

“Sepatutnya Imaji Tour Diadakan Di 10 Lokasi, Akhirnya 3 Tempat Sahaja” – Aina Abdul Keluar Duit Sendiri Jayakan Konsert Jelajah

Biarpun telah mencipta nama sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi Aina Abdul tetap berdepan kesukaran mencari penaja untuk konsert.

Bakal menganjurkan sendiri konsert Aina Abdul Imaji Tour di tiga lokasi, pelantun lagu Nada Kalbu itu mendedahkan setiap tempat konsert menelan kos sekitar enam angka.

Enggan menyerah kalah, Aina tetap optimis mengadakan konsert dan mengeluarkan duit simpanannya sendiri demi peminat.

“Demi perjalanan karier, saya sanggup keluarkan kos sendiri untuk mengadakan Aina Abdul Imaji Tour. Seperti mana konsert A Night With Aina Abdul 1.0 dan 2.0 sebelum ini, tiada tajaan langsung. Semua ditanggung oleh syarikat saya Aina Abdul Entertainment.

“Walaupun nama saya sudah dikenali, agak sukar untuk mendapat tajaan bukan atas faktor wang sahaja, tetapi disebabkan percanggahan dari segi konsep dan hala tuju Imaji Tour.

“Saya tidak mahu jika berlaku risiko lain sekiranya menerima terus mana-mana pihak yang ingin menaja, risau akan mengganggu kebajikan pekerja saya. Mahu semua orang gembira dan puas untuk konsert kali ini. Jadi setiap lokasi yang akan saya pergi kos yang dikeluarkan mencecah enam angka

“Sepatutnya konsert jelajah ini diadakan 10 lokasi. Bagi lokasi pula, ada kesukaran berlaku, dari segi logistic, pengurusan tempat dan sebagainya. Akhirnya, hanya tiga lokasi sahaja yang menjadi kenyataan. Itu pun saya sudah bersyukur,” katanya.

Enggan menangguhkan lagi Aina Abdul Imaji Tour, penyanyi lagu Bilang ini mahu menutup buku ‘Imaji’ dan membuka lembaran baharu selepas selesai konsert jelajahnya.

“Sebenarnya, bukan tidak mahu menangguhkan tapi tahun depan saya dan pihak pengurusan sudah ada perancangan lain. Disebabkan itu, saya beritahu dengan pasukan, tak kisah kalau tak dapat banyak lokasi, asalkan ada tempat untuk saya menyanyi.

“Konsert Aina Abdul Imaji Tour ini adalah untuk album Imaji, jadi selepas selesai, saya mahu menutup lembaran album Imaji dan sudah mempunyai perancangan membuka lembaran lain.

“Saya mempunyai tulang belakang yang cukup kuat iaitu pasukan yang sentiasa meminta saya tidak berputus asa. Pasukan Aina Abdul Entertainment ini suka lihat saya buat persembahan.

“Ketika saya beraksi di pentas saya akan cukup gembira. Saya tidak pandai sorokkan kesedihan. Terima kasih pasukan saya kerana paksa saya buat,” katanya.

Konsert Aina Abdul Imaji Tour bakal menjelajah ke tiga lokasi iaitu di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 14 Disember, Zepp KL pada 27 Disember dan Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah pada 11 Januari 2025 dan tiket sudah mula dijual sejak 10 September lalu di www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Tahniah! Bekas Protege Joe Flizzow Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Penyanyi berusia 29 tahun ini mengumumkan nama penuh anaknya iaitu iaitu Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril.

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

CSOIAM: Tersingkir Di Minggu Keempat, Alya Mardien Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Tersingkir di minggu keempat CSOIAM, Alya Mardien percaya dengan perancangan Tuhan.

Hiburan Mon, 28 Jul 2025

Hisyam Hamid Tak Suka Bazir Masa Bercinta – “Kalau Serius, Ikhlas, Just Kahwin”

Hisyam Hamid mengaku dia bukanlah seorang yang suka membazir masa terutamanya mengenai soal jodoh.

Events Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Sun, 18 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世巡吉隆坡站票房走势凌厉!2价位门票已售罄

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站票房走势凌厉,288令吉和168令吉门票价位已售罄!

Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Sophia Albarakbah Bangkit Lawan Emosi, Terus Fokus Kerjaya Walau Dihentam Netizen

Sophia Albarakbah rasa tak selamat keluar berseorangan

Featured Wed, 8 May 2024
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Persembahan ‘Intim’ Shawn Mendes, Camila Tarik Perhatian Dunia

Pasangan ini membuat penonton menjerit ketika mereka menari, saling ‘menggoda’, dan hampir bercium.

error: Content is protected !!