Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 14, 2022 @ 5:15pm

Buat Permohonan Maaf Terbuka, PU Syed Tak Kisah Caprice Dedah Rahsia Seperti Didakwa – “ Jika Benar Wujud & Langgar Syarak”

Susulan mengaitkan nama isteri penyanyi rap, Caprice dalam satu hantaran yang menyentuh tentang isu aurat, PU Syed dilihat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice.

Menerusi hantaran terbaru di Instagramnya, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, dengan tenang memohon maaf kepada Caprice andai kenyataan yang dilontarnya sebelum ini memberi kesan negatif untuk Caprice dan isteri.

“Saya dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh idu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika di sana ada unsur-unsur negatif dan menganggu kehidupan saudara Caprice dan isteri,” tulis PU Syed.

Namun begitu, PU Syed juga berharap agar tidak perlulah diulas sesuatu kes selagi ia masih berjalan di mahkamah.

“Dalam masa yang sama saya masih berharap agar sesuatu kes yang sedang berjalan di mahkamah tidaklah diulas lagi dan jika wujud bukti-bukti baru melibatkan sesiapa pun, silalah hadapkan kemuka pengadilan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Caprice dilihat ingin mendedahkan rahsia mengenai diri PU Syed selepas menegur isu aurat isterinya dan PU Syed menyatakan tidak kisah jika Caprice berbuat sedemikian.

“Manakala isu tentang diri saya yang Caprice cuba dedahkan, terpulang kepada saudara untuk terus dedahkan atau tidak… permohonan maaf ini bukanlah bermakna saya nak pihak Caprice membatalkan hasrat pendedahan tersebut jika benar wujud dan melanggari batas syarak dan undang-undang Negara,” jelas PU Syed.

Sehubungan itu, PU Syed hanya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT malah dia dilihat turut berterima kasih kepada warganet yang telah meninggalkan komen yang berbaur fitnah dan kejian.

“Kepada Allah sahajalah kita serahkan baik dan buruknya… InsyaAllah.

“Kepada netizen terima kasih atas komen berbaur kejian dan fitnah, semoga kita semua akan beroleh taufiq dan hidayah dari Allah,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 24 Dec 2022

Norman Hakim Sangat Peramah, Memey Suhaiza Dedah Dah Terbiasa Menanti – “Tak Payah Tunggu, Sila…”

Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan sifat suaminya, Norman Hakim yang ‘kuat borak’ ketika bertemu sesiapa sahaja. @memeysuhaizaofficial_Mummy dgn anak6 dah terlebih paham.. Klu dia dah start borak.. Tak payah tunggu berdiri😆 Sila lah duduk dgn selesa.. […]

Events Mon, 13 Nov 2017

SIAPAKAH 12 FINALIS YANG BAKAL  MEMONOPOLI PENTAS AJL32? NANTIKAN!

Setelah tiga minggu berturut – turut disiarkan secara langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Keputusan final itu telah diumumkan oleh Pengacara Muzik-Muzik iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad.

Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Trending Tue, 31 Mar 2020
Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di […]

Hiburan Wed, 13 May 2026
error: Content is protected !!