Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 7, 2026 @ 2:20pm

Cerai, Lari Ke PD & Jumpa Cinta Baharu! Zara Zya ‘Bergaduh Manja’ Dengan Jazmy Juma Dalam Namamu Cinta

Selepas dikhianati dan melalui perceraian yang meruntuhkan hidupnya, seorang wanita ‘perfectionist’ tanpa sengaja menemukan cinta di tempat paling tidak disangka. Itu premis menarik yang dibawakan dalam drama komedi romantik terbaharu, Namamu Cinta.

Bakal bersiaran mulai 14 Februari ini secara eksklusif di Tonton, siri 10 episod terbitan Red Communications itu menyatukan buat pertama kali Zara Zya dan Jazmy Juma sebagai pasangan utama.

Diarahkan Khairi Anwar dengan skrip hasil nukilan Anwar Hadi dan Baizura Kahar, drama ini turut dibintangi Shahz Jaszle, Syad Mutalib, Sobri Anuar serta Nor Albaniah.

Zara membawakan watak Nuna, usahawan fesyen berjaya yang obses terhadap kesempurnaan dan kemenangan. Namun, kehidupannya berubah 360 darjah apabila rumah tangganya bersama pelakon popular, Hisham (Shahz Jaszle) berakhir dengan perceraian.

Menurut Zara, watak Nuna memerlukan kawalan emosi kerana karakter itu kuat, tegas dan cerewet.

“Nuna ini memang jenis nak semuanya sempurna. Bila dia masuk ke dunia Aslan yang relaks, memang banyak situasi kelakar. Seronok sebab keserasian dengan Jazmy sangat menjadi,” katanya.

Jazmy pula menyifatkan hubungan watak mereka sebagai unik kerana dibina atas perbezaan ketara.

“Aslan ini jenis tak kejar apa-apa. Bila berdepan Nuna yang semuanya nak cepat dan menang, memang mencabar. Tapi di situlah timbul keserasian,” ujarnya.

Dalam usaha memulihkan hati yang remuk, Nuna memilih membawa diri ke Port Dickson dan di situlah dia dipertemukan dengan Aslan (Jazmy), pembuat batik muda yang tenang, bersahaja dan jauh berbeza daripada dunia glamor yang biasa didiaminya.

Pertembungan dua dunia wanita kota yang serba laju dan lelaki kampung yang santai mencetuskan pelbagai adegan salah faham, ‘bergaduh manja’ dan momen romantik yang menghiburkan.

Konflik semakin memuncak apabila Anis (Syad Mutalib), rakan rapat yang menyimpan perasaan terhadap Aslan, mula cemburu dengan kehadiran Nuna.

Dalam masa sama, bekas suami muncul semula menagih peluang kedua, membuatkan Nuna terperangkap antara masa lalu dan kebahagiaan baharu.

Dengan latar keindahan Port Dickson serta elemen seni batik sebagai nadi cerita, Namamu Cinta bukan sekadar kisah cinta biasa, sebaliknya mengangkat perjalanan seorang wanita mencari makna bahagia selepas kecewa.

Saksikan Namamu Cinta bermula 14 Februari ini, setiap Sabtu dan Ahad, eksklusif di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Thu, 31 Jul 2025

Apa Cerita Podcast Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Apa Cerita Podcastjanji tampil dengan content memberi inspirasi.

Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Susut Berat Badan Dan Muka Cengkung, Sufian Suhaimi Sakit Apa Tu?

Good luck for AJL33, Sufian Suhaimi ! Semoga cepat sembuh ye.

Trending Tue, 31 Dec 2019

Coffee Vaping Is A Thing Now And It Has Arrived In Malaysia!

This world’s first ever vapourized coffee might change the future’s caffeine game.

Hiburan Sun, 23 Feb 2025
error: Content is protected !!