Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa October 22, 2022 @ 8:26pm

Tak Terganti Dedikasi Farahdhiya Buat Arwah Ayah Tercinta

Selepas 18 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau lebih mesra disapa Farah mencipta sendiri lagu Tak Terganti.

Didedikasikan untuk seseorang yang istimewa, lagu tersebut disifatkan cukup dekat di hati.

“Ramai sebenarnya peminat saya yang menunggu dan selalu bertanya bila nak keluar lagu balada macam Bertakhta Di Hati itu. Jadi, ini adalah lagu pertama yang saya cipta sepanjang 18 tahun dalam industri ini.

“Lagu ini sangat istimewa buat saya sebab pertama kali cipta lagu dan tulis lirik ditambah pula dengan genre balada. Saya harap lagu ini dapat mengubat rindu peminat yang menunggu lagu balada daripada saya,” katanya.

Menurut Farah, lagu Tak Terganti adalah nukilan khas yang ditujukan buat arwah bapanya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia pada 2020.

“Satu hari semasa menjalani penggambaran dalam fasa Covid-19, saya duduk dalam satu hotel di Kuala Lumpur. Ada satu saat waktu sedang mandi melodi itu tiba-tiba datang. Sebab itu melodi asal lagu ini ada bunyi air sekali.

“Kemudian, saya keluar untuk ambil telefon. Saya menangis semasa mendendangkan melodi itu walaupun tak ada lirik sebab rasa sayu teringat arwah.

“Setiap hari saya cuba mencari perkataan yang betul untuk lirik ini berdasarkan perasaan saya terhadap ayah. Memang mustahil untuk saya rangkumkan semua perasaan dalam satu lagu. Tapi ia sedikit sebanyak apa yang dapat saya kongsikan.

“Sekurang-kurangnya ada juga memori sebuah lagu yang saya perah cipta. Ia memori yang sangat baik untuk disimpan selamanya,” katanya.

Tambah Farah, ia dihasilkan awal tahun lalu dan siap dirakam hujung tahun lalu.

“Untuk menyiapkan melodi itu saya rasa tak sampai sebulan. Kemudian lirik dalam seminggu. Selepas itu, rakaman pada hujung tahun lalu, Cuma baru sekarang ia dilancarkan. Secara jujur saya tak ada minta pandangan daripada mana-mana komposer.

“Cuma bila digabungkan kesemuanya saya hantar kepada beberapa orang seperti pengurus saya dan mereka semua suka. Dalam pada itu, saya ada minta bantuan Rudy Nastia untuk membuat susunan semula lagu ini,” katanya.

Farah turut berkata, lagu Tak Terganti juga menjadi lagu yang paling lama dirakamkan sepanjang pembabitnya sebagai penyanyi.

“Dalam 18 tahun merakam lagu, selalunya saya ambil masa sekejap saja dalam dua jam dah selesai sebab saya seorang yang cepat dalam studio. Tapi lagu ini makan masa paling lama dan susah untuk disampaikan. Saya rasa dalam lima hingga enam jam juga tempoh rakaman,” katanya.

Selain lagu yang dihasilkan sepenuhnya, jalan cerita video muzik (MV) Tak Terganti juga adalah idea daripada Farah sendiri.

“Muzik video ini pun jalan ceritanya daripada saya. Sebab pasukan saya mencadangkan supaya teruskan untuk muzik video pula alang-alangkan lagu adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya.

“Saya sangat teruja dan mengharapkan peminat akan suka lagu ini. Saya mengharapkan juga sokongan daripada semua orang.

“Orang yang pernah kehilangan bila dengar lagu ini dia akan dapat rasa apa yang saya rasa. Tak kisah hilang mak ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau kawan. Jadi, harapan saya besar untuk lagu ini,” kata Farah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Netizen Sebak Lihat Zizi Kirana, Farah Lee Usap Kepala Ardell Aryana – “Sahabat Berjuang Bersama”

Netizen sebak lihat persahabatan Ardell Aryana, Zizi Kirana dan Farah Lee

Events Tue, 7 Jan 2020
Featured Wed, 21 Dec 2022

Comelnya Gelagat Tyra Kamaruzzaman Menjerit Teruja Dapat Mainan Bubble Bazooka Sempena Birthday!

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman berkongsi keterujaan menerima hadiah mainan sempena hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Tyra sedang membuka setiap hadiah yang diterima dan menjerit teruja ketika menerima mainan Bubble Bazooka. Bukan […]

Featured Fri, 27 Apr 2018

Apa Kata Selebriti? Kenapa Wanita Perlu Mengundi

Ikuti pandangan dan harapan para selebriti tentang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Hiburan Sat, 5 May 2018

Redza Rosli Dipuji Pelakon Senior? Ini Sebabnya…

Pelakon baru yang mula mencipta nama dalam industri seni lakonan tanah air ini bukan sahaja popular dengan gosipnya bercinta dengan penyanyi dan juga pelakon kecil molek, Ayda Jebat. Tetapi, beliau turut dipuji oleh pelakon senior […]

Cahaya Mata Tue, 20 Sep 2022

“Saya Dengan Intan Sangat Takut” – Harris Alif Tak Berani Tinggal Anak Dengan Pembantu Rumah

Alamak kenapa pulak tu? Tapi min setuju jangan tinggalkan anak sendirian dengan pembantu je..

Events Thu, 23 May 2019

#SetulusIkhlas : Check In Kampung Bersama Skuad A!

Jangan lupa juga ikuti perkembangan dan info terkini check in kampung di Tangkak Johor pada weekends ni tau!

error: Content is protected !!