Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 28, 2023 @ 11:17am

Mahu Raikan Ulang Tahun Ke-11, Farid Kamil Turut Hadiahkan Cincin! Tapi Kena Reject Dengan Diana Danielle – “Bunga Pun Dibuang, Apatah Lagi Cincin”

Selain membawa sejambak bunga, pelakon Farid Kamil turut membawa sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, aktres Diana Danielle.

Ditemui usai proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga mereka, Farid kesal usaha untuk memujuk Diana menemui jalan buntu.

“Demi menyelamatkan rumah tangga, saya berusaha balik untuk mendapatkan semua cincin-cincin ini.

“Tetapi bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli cincin ini pada tahun ini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11.

“Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah,” katanya.

Farid ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.

Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.

Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 May 2022
Trending Sun, 1 Apr 2018

Going To KPOP Concerts Will Extend Your Life for Another 10 Years!

This is actual science and statistics speaking!

Trending Mon, 19 Oct 2020
Featured Thu, 6 Oct 2022
Events Mon, 4 Mar 2019

Grab Your Chance to Meet & Greet Wang Leehom Before Tickets Sell Out!

The legendary King of Mandopop will be in Kuala Lumpur for his World Tour.

error: Content is protected !!