Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2024 @ 2:50pm

Bersalin Ikut ‘Tingkap’, Dr Say Mohon Golongan Lelaki Jangan Jadi B***h… Netizen Komen: “Ni Mindset Yang Rosak!”

Susulan berita tular mengenai luahan hati seorang wanita yang kesal dengan tindakan suaminya yang dikatakan mengungut dan enggan menerimanya selepas melahirkan zuriat secara pembedahan caeser, Dr Say akhirnya tampil memberikan respons.

Bengang dengan kenyataan yang tular menerusi pesanan Whatsapp, Dr Say atau nama penuhnya, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin menganggap, tindakan lelaki tersebut yang ingin berkahwin lain dek kerana menganggap badan isterinya sudah rosak sekaligus memandang hina cara rawatan ceaser sebagai satu tindakan yang bodoh.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Wanita Terkilan, Suami Maki & Tidak Terima Selepas Terpaksa Bersalin ‘Emergency Czer’ – “Tak Nak Saya Dapat Isteri Dah Rosak”

Dr Say memaklumkan, emergency caeser adalah satu keadaan yang mana ibu mengandung harus melahirkan secara pembedahan dalam keadaan getir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa ibu dan kandungan itu nanti.

“Jangan jadi lelaki bodoh macam ni. Saya terbaca satu artikel  yang mana seorang suami mengungut isterinya untuk berkahwin lain kerana isterinya telah bersalin secara caeser.

“Tambahnya, dia ingin berbuat demikian kerana badan isterinya telah rosak.

“Saya cukup triggered dengan lelaki yang cetek akal dan ilmu  macam ni. Kepada yang tak tahu emergency caeser adalah keadaan dimana seorang ibu perlu menjalani pembedahan dalam keadaan getir kerana dikhuatiri ia akan membahayakan nyawa ibu atau kandungan.

“Doktor dekat dunia ni tak akan sewenang-wenangnya suruh seorang ibu yang mengandung untuk bersalin secara emergency caeser sebab risiko pembedahan adalah lebih besar berbanding bersalin normal.

“Tujuan utama pembedahan Caeser adalah untuk mengurangkan risiko dan memastikan outcome yang terbaik untuk ibu dan juga bayi,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Say menegaskan tempat yang dibedah itu akan dijahit dengan tujuh jahitan dan akan dilakukan dengan kemas bagi mengelakkan ia mengalami implikasi buruk.

Bahkan, dia juga berkongsi bahawa mana-mana wanita yang melahirkan tidak kiralah secara normal atau sebaliknya patut diraikan kerana telah melalui proses pengorbanan yang paling besar dalam melahirkan generasi akan datang.

“Nak cakap rosak badan pula, celah mana yang rosak ? Doktor akan jahit 7 lapisan yang dibedah tu dengan kemas dan teliti sebab kalau ada lapisan yang tak jahit dengan kemas ada pelbagai komplikasi boleh jadi macma pendarahan, jangkitan kuman, luka terbuka banyak dan banyak lagi. Yang rosak tu pemikiran awak, bro!

“In a nutshell, wanita yang bersalin tak kira apa juga cara, baik normal, emergency Ceaser  ataupun elective ceaser patut diraikan sebab proses mengandung, bersalin, recovery selepas bersalin kalau diberikan kepada kita kaum lelaki belum tentu kita mampu melaluinya. Awak patut bersyukur, isteri dan anak awak masih hidup brother, dungu!,” ulasnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Jan 2022

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor. Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal […]

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Fri, 21 Feb 2025
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

BISIK PADA LANGIT BIKIN KONTROVERSI

Tidak semua cerita melayu yang  bila sahaja kita habis menyaksikan filem tersebut, kita akan mendapat input dari cerita itu. Ada cerita Melayu yang kita pergi ke pawagam, menonton cerita itu sehingga habis tetapi, “kosong” dan ada juga yang memberi kesan sehingga kita tersedar dari lamunan.

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Tahniah…Adira Timang Anak Ketiga!

Tahniah kepada Adira!

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Sun, 27 Jun 2021

Bantuan Lebih Komprehensif Kepada B40, M40 Dan T20 – Perdana Menteri

Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjangan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan menyeluruh itu dijangka akan […]

Hiburan Wed, 6 Jul 2022

Dulu Teruk Kena Kecam, Kini Lagu Trending & Jadi Siulan… Komen Negatif Netizen Buat Nuha Bahrin Bangkit!

Kata-kata negatif netizen diambil sebagai perkara yang positif dan Nuha bangkit membuktikan dia boleh berjaya di dalam industri nyanyian.

error: Content is protected !!