Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 21, 2026 @ 1:40pm

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Langganan Tanpa Iklan, 1.5 Juta Pengguna Kini Boleh Akses Ciri Premium

Waktu Solat Malaysia, aplikasi gaya hidup Islam di bawah REV Media Group (REV), memperkenalkan pelan langganan tanpa iklan kepada kira-kira 1.5 juta pengguna, sekali gus membolehkan akses lebih lancar kepada ciri premium dalam aplikasi tanpa gangguan.

Setakat ini, aplikasi berkenaan merekodkan 9.8 juta muat turun serta 8.3 juta sesi bulanan, mencerminkan tahap penggunaan dan kepercayaan yang tinggi terhadap platform tersebut.

Pengurus Program OTT, REV, Safwan Rahim berkata, pelan baharu itu diperkenalkan selepas pihaknya mengambil kira maklum balas pengguna, khususnya berkaitan iklan yang mengganggu hingga menimbulkan kekeliruan, termasuk kebimbangan terhadap kesesuaian paparan tertentu.

“Kami ambil serius pandangan pengguna yang mahukan pengalaman lebih tenang dan fokus. Jadi pilihan tanpa iklan ini diwujudkan supaya penggunaan aplikasi lebih lancar dan selesa,” katanya.

Selepas mengemas kini aplikasi di App Store dan Play Store, pengguna boleh memilih langganan bulanan, suku tahunan atau tahunan pada kadar yang dikatakan berpatutan beserta diskaun.

Pelan yang ditawarkan ialah RM9.90 sebulan, RM28 untuk tiga bulan, dan RM108 setahun. Langganan juga boleh dibuat melalui pelan rangkaian telefon, FPX, e-dompet, kad kredit atau debit serta perbankan DuitNow.

Dengan langganan tersebut, pengguna boleh menikmati pelbagai fungsi tanpa iklan termasuk waktu solat, Al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan solat dan zikir.

Selain itu, pelanggan turut menerima akses ke platform penstriman Tonton yang membuka kandungan premium tanpa iklan merangkumi drama eksklusif, filem dan program TV keluaran Media Prima, saluran premium serta kandungan Korea, selain ganjaran seperti diskaun, tiket acara atau konsert tertentu menerusi Tonton Rewards dan akses awal kepada kandungan baharu.

Safwan berkata pelancaran ini disasarkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna sambil memastikan keperluan rohani, pendidikan dan hiburan dapat dipenuhi dalam persekitaran yang lebih selamat dan bebas gangguan iklan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun dan mengemas kini aplikasi Waktu Solat Malaysia di App Store dan Play Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Apr 2026
Featured Tue, 14 Sep 2021
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Apa Salah Saya, Asyik Kena Kecam Jer – Boy Iman

“Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” komennya ringkas.

Hiburan Tue, 30 May 2023
#LaguXTRA Thu, 20 Jul 2023
Hiburan Mon, 13 May 2019

1000 Pembeli Terawal Vivo V15 Bakal Dapat Baucar SimplySiti

Vivo Malaysia berharap dengan kerjasama ini dapat memenuhi permintaan pengguna telefon pintar di Malaysia

error: Content is protected !!