Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 11, 2026 @ 1:31pm

“Mengaku Muslim Tapi Akhlak Dipamerkan Jauh Menyimpang Daripada Ajaran Sebenar” – Ibu Aliff Kesal Budaya Fitnah Dalam Masyarakat Semakin Tak Terkawal

Tindakan ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah berkongsi luahan di Instagram mengundang perhatian ramai apabila menyentuh isu budaya memfitnah yang seolah-olah semakin tidak terkawal dalam kalangan masyarakat.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Hafizah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang mudah membuat andaian dan menyebarkan kebencian tanpa asas kukuh, apatah lagi apabila ia datang daripada mereka yang mengaku sebagai Muslim.

“Tahap fitnah, sangkaan dan kebencian yang ditunjukkan itu amat menyedihkan. Mereka mengaku sebagai Muslim, namun akhlak yang dipamerkan jauh menyimpang daripada ajaran sebenar. Semoga Allah mengurniakan ketenangan dan kelembutan dalam hati mereka,” tulisnya.

Menurut Hafizah, perkongsian tersebut bukan sekadar teguran kepada orang lain, malah juga menjadi peringatan buat dirinya sendiri agar sentiasa berhati-hati dalam setiap percakapan dan tindakan.

“Saya perlu sentiasa mengingatkan diri setiap hari supaya tidak terjerumus dalam perangkap syaitan seperti menyebarkan fitnah, mengumpat dan menghakimi orang lain. Hakikatnya hanya Yang Maha Esa berhak melakukan semua itu.

“Allah telah membuka hati saya untuk menerima segala yang berlaku, sama ada baik atau buruk, dengan penuh kesyukuran dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah,” tulisnya di kapsyen.

Sebelum ini, nama ibu Aliff hangat menjadi perbualan ramai di media sosia apabila didawka sengaja menutup wajah Bella pada portet keluarga mereka yang digantung dalam rumah.

Ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa berang terhadap tindakan tersebut yang dianggap tidak wajar, apatah lagi bella merupakan ibu kepada cucu-cucunya, Ayden dan Ara.

Artikel Berkaitan: Potret Keluarga Aliff Aziz Raih Tumpuan, Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah ‘Ditutup’?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Dec 2019

Prosperity Burger And Twister Fries Are Back, Back, Back!

It’s that time of the year again! P-R-O-S-P-E-R-I-T-Y!

Trending Thu, 19 May 2022

Penyewa Rumah PPR Tidak Bayar Sewa Lebih Sedekad, Tidak Malu Tinggal Secara ‘Percuma’

Ada kalangan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) lebih sedekad tinggal ‘percuma’.

Events Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

《跳跃生命线》演员合体!518来马演出

对已经播毕的TVB剧集《跳跃生命线》还意犹未尽?各位剧迷,好康来啦~

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

“Bukan Mengandung…Itu Lemak!” – Adira Suhaimi

Takkan lah tak jadi cerai terus nak mengandung? Agak-agaklah kan?

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Belum Bertunanglah…

Afieq memaklumkan tujuan gambar itu dimuatnaik bukan untuk mencipta gimik dan mendiamkan diri apabila diajukan soalan.

Events Fri, 14 Sep 2018
error: Content is protected !!