Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 10, 2023 @ 5:29pm

Berdepan Detik Cemas, Mona Allen Dedah Abaya Tersangkut Di Escalator Hingga Separuh Bogel! – “Mujur Allah Jaga Aib & Petra Selamat…”

Pelakon, Mona Allen mendedahkan detik cemas yang dilaluinya sehingga separuh bogel ketika berada di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories (IGs), isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu menceritakan kejadian sebenar yang berlaku atas dirinya.

Menurut Mona, kain abaya yang dipakainya tersangkut ketika sedang menaiki escalator sambil mendukung anak sulungnya, Petra namun sempat diselamatkan oleh orang gajinya yang menarik sekuat hati kain tersebut.

Mona bagaimanapun meluahkan rasa syukur aibnya terhindar dan dilindungi kerana tergerak hati untuk memakai kain dalam ataupun inner wanita.

“Lupa nak bagi tahu. Ramai DM (direct message) tanya apa yang berlaku hari itu. Ok ini ceritanya.. Pada masa u, saya pakai abaya dan tengah dukung Petra naik escalator.

“Lepastu tiba-tiba kain abaya tersangkut! Nasib baik tak jatuh ke bawah dengan Petra sebab orang gaji saya sempat tarik abaya saya sekuat hati dia. But guess what?!

“Masa tu kami berada di pusat membeli belah dan sudah tentu ramai orang. Sampai je dekat atas tu, dah selamat semua. Alhamdulillah.

“Baru perasan, abaya saya dan hijab semua tertarik/terbukak! Maksudnya, saya separuh bogel! Tapi mujur.. Hari itu Allah tergerakkan hati untuk pakai inner. Allah nak tutup aib saya. Masya-Allah,” katanya.

Jelas Mona lagi, tiada kecederaan yang berlaku namun dia mengakui kejadian tersebut membuatkan dirinya trauma untuk naik escalator lagi selepas ini.

“Pengajarannya, buat semua wanita tolong berhati-hati masa pakai kain labuh-labuh naik escalator. Saya dan Petra sangat beruntung masa tu. Tiada kecederaan kecuali jubah abaya saya koyak rabak.

“Oh and ramai yang tengok kejadian itu tapi saya sempat la cover diri sendiri dengan abaya yang rabak tu.. Sebab dekat mall kan. Orang pun tak sempat nak tolong sebab perkara tu jadi terlalu pantas. Bahaya sangat! Alhamdulillah kami selamat.

“Saya rasa masih fobia nak naik escalator. Rasanya lama lagi la nak jejak kaki kat escalator,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Dakwaan Obses Dengan Anak…Apa Jawab Siti Nurhaliza?

Gara-gara sering memuatnaik gambar dar video anak di laman sosial media, Siti ditegur netizen?

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Featured Mon, 11 Aug 2025

“Saya Dah Buat Apa Yang Patut, Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin

Nora menjelaskan, suaminya itu masih mahu mempertahakan rumah tangga mereka.

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

AJL32 : SYAMEL ‘NERVOUS’ LIHAT PERSEMBAHAN FINALIS LAIN

Ketika ditanya sama ada Syamel akan meneruskan projek duet bersama Ernie lagi selepas ini, Syamel menyatakan kesudiannya jika diizinkan- Nya…

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Selepas ‘ILU’, Netizen Mahu Aepul Roza Buat Lagu Tema Perkahwinan Khas Untuk #BellaSyedYes – “Kebetulan Dah Ada, Mood Sangat Sweet”

netizen mencadangkan agar Aepul Roza menghasilkan lagu khas buat pasangan selebriti, Syed Saddiq dan Bella Astillah.

error: Content is protected !!