Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 9, 2018 @ 8:21am

Chef Wan Tempelak Netizen, Saran Contohi Menteri Termuda

Chef terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi Instagramnya semalam meluahkan rasa bangga terhadap tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sanggup mengutip sampah di tempat duduk dalam Stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir piala FA.

Dalam posting berkenaan, Chef Wan menulis sikap Menteri muda itu patut dijadikan contoh semua rakyat Malayia terutama yang mempunyai tabiat pengotor.

“ Its disguting enough to see all this rubbish but what is even more disgusting is to read punya la ramai rakyat Malaysia yang menulis comments di social media yang bukan sahaja kurang ajar and disrespectful to the minister tetapi boleh perli-perli lagi konon gila glamour dan lain-lain.

“ Saya percaya ada di antara komen pedas dan sinis itu datang daripada musuh Pakatan. Dah kalah dan majoriti rakyat negara ini menolak BN dan Umno sudah la…Yang nak meleret ni semua apa hal?

“ Tak sedar ke apa yang ditulis tu sebenarnya membayang kan kebodohan dan kesombongan masing- masing? Omg, malulah!

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur atas sikap yang ditunjukkan Menteri muda ini berbanding kata-kata netizen yang busuk hati.

“ Kita jika bodoh mcm mana pun masih boleh di ajar tetapi jika ego dan sombong minta maaf lah.

“ Sepatutnya kita lagi nak belajar daripada manusia-manusia berbudi perkerti bukan memalukan beliau dengan kata-kata begitu. Sia-sia mak bapak hantar sekolah jika tak boleh nampak apa yang terjadi,” tulisnya.

Video yang menunjukkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mengutip sampah di dalam stadium menjadi bualan ramai sehingga kini. Rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq, malah ada yang mengucapkan tahniah kepada menteri paling muda itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

HAQIEM RUSLI NAIK SHEIKH?

Walaupun lagu tersebut bernot tinggi itu sedikit sebanyak membantu beliau dalam mencabar dan memperbaiki vokal beliau

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Hiburan Wed, 31 Jul 2019
Hiburan Wed, 23 Aug 2023
Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Sat, 8 Dec 2018

#AnggunLife : Azwan Idam Watak Lelaki Lembut?

Bawa watak lelaki lembut, Azwan tak takut dikecam kali ni?

Featured Fri, 1 Aug 2025

Siap Ajak Masuk Kelab Malam, Syada Amzah Didakwa Perosak & Batu Api Rumah Tangga Pempengaruh?

Syada didakwa menjadi punca masalah rumah tangga Elcah dan suami.

error: Content is protected !!