Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 30, 2018 @ 9:27am

HAQIEM RUSLI NAIK SHEIKH?

Sebelum ini Haqiem Rusli pernah mengeluarkan statement bahawa dirinya itu menyesal kerana membuat lagu yang mempunyai arrangement muzik yang terlalu tinggi. Namun, menjadi salah seorang finalis dalam Anugerah Juara Lagu 32 menjadi satu cabaran buat Haqiem untuk menyanyikan lagunya itu secara live apatah lagi lagunya itu mempunyai not yang tinggi. 

Bagi Haqiem Rusli sendiri, ketika lagu Tergantung Sepi dibuat, not asal muzik tersebut tidaklah setinggi yang asal. Namun, ketika rakaman studio dibuat, beliau mengakui terlalu menjiwai lagu tersebut sehingga terhasil lah lagu Tergantung sepi dan Segalanya dengan not yang tinggi.

Sumber : Instagram @haqiemrusli98

Menurut Haqiem, walaupun lagu tersebut bernot tinggi itu sedikit sebanyak membantu beliau dalam mencabar dan improvise vokal beliau. 

“Macam masa recording lagu Tergantung Sepi ini dia punya not takdelah setinggi yag saya buat . Tapi, bila seorang penyanyi dalam studio, dia naik sheikh tau, aku nak buat yang tinggi so masa tu komposer dah cakap. Kim, jangan tarik tinggi sangat nanti kau susah nak bawak live. Tapi tu memang salah saya lah, masa tu saya degil, saya buat sendiri tu yang jadi tinggi,”

Finalis AJL32 ini turut memberitahu, beliau terpaksa membatalkan beberapa tawaran untuk terus fokus dalam AJL32 nanti.

” Ada certain show yang saya dapat. Tapi tarikh show terlalu dekat dengan anugerah juara lagu. So, saya terpaksa batalkan untuk fokus kepada AJL,”

Sumber : Instagram @haqiemrusli98

Menjelang Anugerah Juara Lagu 32 nanti, Haqiem Rusli bakal mempersembahkan satu kelainan yang dianggap akan memberikan maksud kepada lagu Tergantung Sepi.

Apapun, good luck untuk AJL32 nanti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

THE ROCK UCAP TAHNIAH BUAT MALAYSIA!

Selepas dikenali melalui program wrestling dan kemunculannya menerusi filem-filem hebat seperti Fast Furious. The Rock sekali lagi mengulangi kejayaannya dengan filem terbaru beliau, Jumanji : Welcome To The Jungle

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Kenapa Iqram Dinzly Nafi Berkelakuan Pelik

”Saya ‘Enjoy’ Kehidupan Sekarang. Saya Tak Kacau Orang Pun”, Iqram Dinzly Nafi Berkelakuan Pelik Kerana Tertekan Bapa Meninggal

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Betty Rahmad Akui Tak Mudah ‘Homeschool’ Anak – “Kena Ada Ilmu, & Disiplin, Nak Upah Tutor Duit Perlu Berkepuk”

Betty Rahmad akui homeschool anak banyak cabaran, ada kelebihan dan kekurangan

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
error: Content is protected !!