Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2022 @ 6:16am

Jarak Usia 15 Tahun Tak Jadi Penghalang, Muaz Fitri Selamat Bertunang Dengan Pengurus

Empat tahun bergelar pasangan kekasih, pelakon Muaz Fitri, 31, selamat bertunang dengan pengurusnya, Qaseh Anita, 46, pada Selasa.

Terkenal menerusi drama bersiri Takdir Yang Tertulis yang pernah mencipta fenomena di TV3 ketika bersiaran tahun lalu, Muaz memilih pasangan yang lebih berusia berstatus ibu tunggal seorang anak.

Memetik laporan mStar, Muaz enggan mengambil endah cakap-cakap orang yang mempersoalkan hubungan mereka selama ini kerana apa yang penting, cukup bagi mereka berdua saling menyayangi selain keluarga dapat menerima bakal isterinya dengan baik.

“Kalau hendak dengar cakap orang, lebih baik saya tak berkahwin. Saya tak mahu fikir kata-kata orang tentang hubungan kami. Saya percaya pada jodoh dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

“Keluarga saya juga menerima dia dengan baik. Selagi saya mampu menjadi suami yang baik dan menjaga isteri dengan elok, mereka tidak ada masalah tentang pasangan pilihan saya,” jelasnya.

Bersyukur hubungan mereka sudah memasuki fasa berbeza sebelum bergelar suami isteri, Muaz mendedahkan perancangan untuk bertunang telah lama tertangguh.

“Rasanya empat tahun bersama sudah cukup lama bagi kami. Jadi sesuailah untuk kami melangkah ke fasa seterusnya. Kami adakan majlis secara sederhana sahaja dan memilih 12 Julai kerana itu adalah tarikh pertama kami berjumpa.

“Sepatutnya kami bertunang tahun lepas, tetapi disebabkan penularan Covid-19 dan jadual pun padat, kami tangguhkan kepada tahun ini. Syukur segalanya berjalan lancar,” katanya yang masih belum menetapkan tarikh spesifik untuk majlis nikah.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Adlin Aman Ramlie Dan Keluarga Pula Menunaikan Umrah

Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, pelakon Emelda Rosmila serta anak angkat mereka, Edra Rafael kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.  Berita ini dikongsikan oleh Adlin menerusi satu entri di […]

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Ariana Grande Tutup Ruangan Komen Instagram?

Difahamkan, Ariana dikatakan masih menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya itu…

Featured Sat, 26 Mar 2022
Events Thu, 18 Apr 2019

International DJ Sander Van Doorn to Party it Up in Zouk Genting!

He’s played at TOMORROWLAND, Ultra Music Festival, etc., and now he’s going to play right here in Malaysia!

Hiburan Wed, 23 Oct 2019

黄明志1231迎来首场万人演唱会!与歌迷倒数跨年

黄明志12月31日将与歌迷倒数跨年,《4896》巡演将登上万人体育馆!

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Aura Luar Biasa Siti Nurhaliza, Baju Di TikTok Tular Sampai ‘Sold Out’!

Siti Nurhaliza beli baju di TikTok, ramai beli sampai sold out!

error: Content is protected !!