Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 28, 2024 @ 6:13pm

Mimpi Itu Percuma! Usaha Syamira, Fahiz, & Asrina Membuahkan Hasil, Kini Berjaya Bergelar Penyampai Berita TV9!

Perjalanan Fahiz Ariff, Syamira Nazir dan Asrina Mohd yang kini berjaya bergelar penyampai berita Buletin TV9 pastinya tidak mudah, namun berkat doa dan kecekalan hati kini usaha mereka membuahkan hasil.

‘Syamira Nazir’

Pemilik nama sebenar Nor Syamira Izzati Mohd Nazir atau lebih mesra dengan panggilan Mira merupakan siswazah jurusan Pentadbiran Perniagaan, namun arus kehidupannya mula berubah selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2019.

Memulakan kerjaya seni sebagai pengacara rancangan bual bicara di RTM, namun minat mendalam terhadap kerjaya sebagai penyampai berita telah melayakkan dirinya bergelar personaliti televisyen.

Mira yang juga pengacara bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O ini turut memasang impian untuk mengendalikan rancangan sendiri serta menjadi penyampai radio.

“Saya memang minat menceburi bidang ini sebab masa uji bakat Dewi Remaja dulu, diorang ada tanya nak jadi apa. Memang saya cakap saya nak jadi pembaca berita,” katanya.

‘Fahiz Ariff’

Sementara itu, Fahiz atau nama sebenarnya, Muhammad Shahrul Fahiz Mat Ariff memaklumkan dia meminati bidang kewartawanan sejak di bangku sekolah.

Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fahiz menjalani latihan industri di Bernama.

“Saya memang dari sekolah dah minat jadi wartawan. Bila dekat rumah keluarga memang akan buka siaran berita dan saya akan mengajuk atau meniru apa yang wartawan buat contohnya seperti Karam Singh Walia, Haliza Hashim London dan ramai lagi,” katanya.

Meskipun begitu, Fahiz menepis khabar angin yang mendakwa dia memasuk bidang ini atas bantuan ‘orang dalam’ gara-gara mempunyai wajah ‘baby face’, sebaliknya menjelaskan kejayaan yang dicapainya kini adalah berkat usaha, bakat dan rezekinya.

Asrina Noor

Asrina atau nama penuhnya, Nor Asrina Mohd Noor menyimpan hasrat untuk bergelar penyampai berita sejak berusia 6 tahun.

Mempunyai sifat intorvert dan pemalu, Asrina bagaimanapun mengambil cabaran untuk keluar dari zon selesa demi mencapai impian.

“Bila saya dah masuk bidang ni, saya kena ‘switch’ diri saya untuk tidak menjadi introvert. Sebenarnya memang susah sebab saya seorang yang sukar nak memulakan perbicaraan dengan orang lain tapi lama-kelamaan saya dah boleh sesuaikan diri dengan sebarang situasi.

“Masa di universiti dulu pun, pensyarah ada nasihat jika betul saya nak masuk bidang ini, saya tak boleh jadi pendiam atau pemalu. Jadi dari situ, saya mula berubah sedikit demi sedikit,” katanya.

Asrina yang baru sahaja berkahwin pad Februari lalu meluahkan rasa syukur apabila suaminya, yang juga bekerja dalam industri sama memahami dan memberi sokongan terhadap kerjaya.

Sekadar info, Buletin TV9 merupakan siaran berita perdana terawal di Malaysia, bersiaran setiap hari pada jam 7 malam. Buletin ini menampilkan kandungan yang berbeza daripada berita arus perdana lain dengan mengetengahkan lebih banyak kisah komuniti dan tempatan yang dekat di hati rakyat Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 13 Jul 2019

大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP!朱咪咪自认NG王

《新年泰疯狂》齐聚马新港泰大咖云集!大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP,朱咪咪自认是NG王~

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Firdaus Karim Tak Berkecil Hati Netizen Pertikai Kredibiliti & Kritik Imej Gara-Gara Watak ‘Ustaz Irfan’

Firdaus Karim tak terasa hati penonton kritik penampilan gara-gara watak Ustaz Irfan

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

Hiburan Wed, 6 May 2026

Selepas Lebih Sedekad Bergerak Solo… Asfan Shah Kini Bersama Asfan & Manusia, Lancar Single ‘Dusta’

Asfan Shah kini tampil dengan langkah baharu menerusi penubuhan kumpulan Asfan & Manusia.

Featured Tue, 27 Dec 2022
error: Content is protected !!