Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain January 17, 2023 @ 8:30am

“Kalaulah Semua Mak Tiri Macam Ni” – Netizen Puji Isteri Fizo Omar Layan Maryam Seperti Anak Kandung

Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai tampil meraih pujian warganet selepas melihat gelagatnya menjaga anak tirinya, Wan Maryam, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fazeera kelihatan sangat lembut dan sabar melayan kerenah anak sulung Fizo itu ketika menjaga puterinya, Wan Khaleeda.

Dalam perkongsian tersebut, Fazeera sempat meluahkan rasa syukurnya melihat kedua-dua puterinya saling menyayangi antara satu sama lain.

“Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila,” tulisnya.

Umum tahu, Maryam merupakan anak sulung Fizo hasil perkongsian daripada perkahwinannya bersama bekas isteri, Mawar Karim.

Melihat keakrabannya menjaga Maryam dengan penuh kasih sayang, rata-rata warganet memuji sikap Fareeza yang melayan anak tirinya itu seperti anak kandungnya sendiri.

“Nampak macam Maryam pulak anak kandung dia. Muka nak sama.

“Kalau semua mak tiri macam ni, mesti aman dunia. Baik je umi.

“Kalaulah mak tiri dalam dunia ni macam ni. Tapi saya tak dapat pun macam ni. Lagi dia buat saya kena buang dengan ayah sendiri adalah.

“Dah pandai cakap Maryam,” komen warganet.

 

Terdahulu, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 Oct 2024
Hiburan Mon, 21 May 2018

Betulkah Hafiz Suip Tak Popular?

Hafis Suip menafikan sikap demand yang menjadikannya sedikit tenggelam namun bagi penyanyi yang popular menerusi lagu Bahagiaku Deritamu ini mengakui bahawa wang bukanlah segala-galanya

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Sun, 3 Nov 2019
Hiburan Sat, 18 Jan 2020

‘NiNiNi’ Gabung Muzik Rempit, Hip Hop?

Abubakarxli sentiasa sentiasa dapat apa yang dia mahu dan dia mahukan segalanya!

error: Content is protected !!