Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana July 3, 2023 @ 2:35pm

Isu Bergambar Bersama Lelaki Bertatu, Iman Troye Tampil Beri Respons!

Baru-baru ini, penyanyi Iman Troye telah meraih perhatian ramai selepas memuat naik gambar bersama seorang jejaka berasal dari Indonesia.

Ramai peminat lelaki meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat hantaran tersebut.

Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan lelaki pilihan hatinya itu kerana mempunyai tatu di tangan.

Terbaharu, ketika ditemubual Melodi, Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin tampil memberi pencerahan mengenai segala spekulasi berhubung isu terbabit.

Jelas Iman, dia memuat naik gambar tersebut sebagai ‘hint’ untuk mengeluarkan single terbaharu duet bersama penyanyi Indonesia iaitu Petrus Mahendra dan bukan gimik semata-mata.

“Gambar yang diperkatakan itu ialah gambar saya bersama Mahen, artis Indonesia. Salah satu sebab kami muat naik gambar sama-sama untuk menunjukkan yang kami bakal keluarkan single lagu berjudul Gagal Bersembunyi.

“Itu adalah lagu ballad sebenarnya dan ini adalah bahagian lain Iman Troye sebab bila orang kenal saya sebagai artis yang bawa lagu cathcy, lagu-lagu happy tapi kali ini kita fokus kepada lagu ballad Indo. Bukan gimik semata-mata ye,” ujar Iman.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Iman juga menjelaskan status hubungannya bersama Mahen tidak lebih sebagai kawan biasa sahaja.

“Biasalah kita ambil gambar dengan rakan artis macam Mahen sebab susah lagipun nak jumpa. Saya dah kenal Mahen sejak dia keluarkan lagu Pura-Pura Lupa lagi.

“Mahen orang yang sangat baik. Kita tolak tepi bertatu ke apa sebab dia pun bukan islam. Iman selesa untuk mendekatinya dan menjadikan dia sebagai seorang kawan. Kita kenal hati budi masing-masing. Bukan nak pandang fizikal ke apa yang penting dalaman dia macam mana.

“Kami memang tiada apa-apa hubungan. Doakan yang terbaiklah,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Dec 2020
Trending Fri, 10 Apr 2020

Sabah Terima 3 Juta ‘Mask’ Hari Ini Untuk Diedarkan!

Rakyat Sabah akhirnya boleh menarik nafas lega

Selebriti Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Sat, 7 Jan 2023

Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah – “Sakitnya, Ya Allah.. I Tengah Menggigil Ni Geram”

Umum mengetahui, pendedahan Syamsul Yusof yang selamat bernikah dengan Ira Kazar telah menerima pelbagai respons orang ramai. Antaranya adalah usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh yang meluahkan rasa geram menerusi beberapa hantaran di Instagram […]

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Eat Travel Sat, 28 Mar 2020
error: Content is protected !!