Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 1, 2022 @ 2:20pm

“Saya Keluar Rumah 3 Bulan Sebab…” – Dedah Pernah Alami Kemurungan, Adrea Abdullah Bercerai Selepas 4 Tahun Berkahwin

Pelakon Adrea Abdullah, 45, akui reda dengan keputusan yang dibuat untuk berpisah dengan bekas suaminya, Zul Selamat, 33, lebih dua bulan lalu.

Adrea menjelaskan bahawa rumah tangganya sudah bergolak sejak dua tahun lalu dan dia turut berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang dibina namun perceraian merupakan jalan penyelesaian terbaik.

“Bukan tidak berusaha, macam-macam cuba saya lakukan kerana saya sayang perkahwinan itu. Namun kalau memang sudah tak boleh, tak boleh juga.

“Saya bercerai lebih dua bulan lalu, habis idah bulan hadapan. Masalah dalam rumah tangga sebenarnya berlaku sejak dua tahun setengah. Tapi itulah, yang kita harapkan indah tak kekal,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Adrea atau nama sebenarnya Nik Adrea Nik Abdullah memaklumkan bahawa dia sendiri tidak pasti punca masalah dengan bekas suaminya sehinggakan kurang komunikasi antara mereka.

“Memang sudah tidak sehaluan. Komunikasi kami pun tawar. Saya tak pasti apa punca hubungan kami jadi begitu kerana bekas suami pun tak cakap,” katanya.

Pelakon Blok 404 ini turut mengalami kemurungan ketika rumah tangganya sedang dalam masalah dan pernah keluar dari rumah selama beberapa bulan bagi menenangkan diri.

“Tahun lalu saya memilih untuk keluar rumah tiga bulan. Sebab saya nak uji. Malah saya cakap, nak lakukan sesi kaunseling ke? Tak nak.

“Saya berdoa, kalaulah dia untuk saya, kembalikanlah. Sama-samalah berubah sebab saya pun tak sempurna. Saya cuba, tapi saya tidak boleh buat sendiri,” katanya.

Untuk makluman, Adrea dan Zul mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2018 lalu.

Melalui perkahwinan tersebut mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun Adrea mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Fri, 9 Jun 2023

“Pelakon Remaja Selalunya Akan Fikir Nak Bersaing” – Puteri Balqis

‘Kalau Bekerja ok, saya akan ok dengan mereka’ – Puteri Balqis

Trending Thu, 2 Aug 2018
Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Fri, 9 Nov 2018

One Step Closer – Fasha Sandha Didakap Bahagia…

Masih berteka-teki tarikh pertunangannya, Fasha akan buat pengumuman rasmi.

Hiburan Thu, 15 May 2025
Featured Mon, 14 May 2018

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

Eat Travel Mon, 4 May 2020
error: Content is protected !!