Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2024 @ 12:39pm

Tuduhan Pecah Amanah Bernilai RM8 Juta, Vivy Yusof Percaya Sistem Kehakiman Mampu Bersihkan Nama

Pengasas platform e-dagang terkenal, FashionValet iaitu, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan, bahawa mereka akan terus memberi kerjasama berhubung siasatan pertuduhan pecah amanah seperti yang tular.

Katanya menerusi hantaran terkini di Instagram,  dia dan suami masih dalam proses untuk menerima apa yang berlaku.

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu kami, menghantar mesej dan doa.

“Kami masih dalam fasa memproses apa yang berlaku dan bagaimana perkara ini boleh terjadi,” katanya.

Foto: Instagram Vivy Yusof

“Setelah sebulan menjalani proses soal siasat, kami dimaklumkan pada Khamis memgenai tuduhan mengenai transaksi yang dilakukan pada tahun 2018.

“Namun, kami tidak membahas perkara ini dengan lebih lanjut dan kami akan terus memberikan kerjasama sepanjang proses ini.

“Kami percaya sistem keadilan akan memberikan resolusi untuk isu ini dan semoga pada akhirnya nanti ia dapat membersihkan nama kami,” katanya.

“Semasa proses siasatan masih berjalan, kami berharap dapat menjalani hidup seperti biasa, terutama sekali demi kepentingan mereka yang kami sayangi,” katanya.

Enggan mengulas lanjut berhubung tuduhan kes, Vivy percaya pada sistem perundangan di negara ini sekaligus yakin keadilan akan berpihak pada mereka kelak.

“Setelah sebulan menjalani proses soal siasat, kami dimaklumkan pada Khamis memgenai tuduhan mengenai transaksi yang dilakukan pada tahun 2018.

“Namun, kami tidak membahas perkara ini dengan lebih lanjut dan kami akan terus memberikan kerjasama sepanjang proses ini.

“Kami percaya sistem keadilan akan memberikan resolusi untuk isu ini dan semoga pada akhirnya nanti ia dapat membersihkan nama kami.

“Semasa proses siasatan masih berjalan, kami berharap dapat menjalani kehidupan seperti biasa, terutama sekali demi kepentingan mereka yang kami sayangi,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Terdahulu, pada Khamis, pasangan suami isteri itu mengaku  bersalah atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Vivy Yusof, Fadza Mengaku Tak Bersalah Kes Pecah Amanah RM8 Juta, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100,000 Seorang & Diarah Serah Pasport

ARTIKEL BERKAITAN:Pecah Amanah, Vivy Yusof & Suami Didakwa Seleweng Dana RM43.9 Juta

Pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut, yang mana kedua-dua tertuduh membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet Sdn Bhd.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Sebutan kes ditetapkan pada 22 Januari tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM Sita 11 Beg & Jam Tangan Mewah Milik Vivy Yusof, Fadza Bernilai RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kerugian Pelaburan Dana Awam, Vivy Yusof & Fadza Anuar Letak Jawatan Dalam FashionValet – “Kami Bertanggungjawab Atas Kegagalan Ini”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Biarkan Orang Kata Apa Yang Mereka Mahu, Just Be Careful Of The Fitnah You Spread” – Vivy Yusof

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Nov 2020

KWSP: Tidak Perlu Bayar Balik Pendahuluan i-Sinar

Baca sampai habis penjelasan KWSP

Featured Sat, 11 Oct 2025

Tular Video Diminta Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Tegas – “Hebat Betul Jawapan Dia”

Apa yang mencuri perhatian adalah respons Ameera ketika diminta untuk melepaskan jaket yang dipakainya

Featured Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Trending Fri, 30 Apr 2021

Syawal Tahun Ni Tak Best? Kan Ada senQ, Bakal Menceriakan Raya Anda!

Nampak gayanya raya tahun ini kita masih perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan meraikan Aidilfitri secara sederhana. Biarpun hanya meraikan bersama ahli keluarga terdekat, kenalah juga buat persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Apa yang paling […]

Trending Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

5 SEBAB KENAPA ANDA PATUT BELI BELAH DI SEMUA RANGKAIAN CJ WOW SHOP

Annyeonghaseyo! CJ WOW SHOP pastinya menjadikan hidup anda lebih wow dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti disamping menikmati nilai ganjaran hebat khususnya pengguna di Malaysia

error: Content is protected !!