Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2024 @ 10:35am

Isu Kerugian Pelaburan Dana Awam, Vivy Yusof & Fadza Anuar Letak Jawatan Dalam FashionValet – “Kami Bertanggungjawab Atas Kegagalan Ini”

Susulan isu kerugian pelaburan dana awam, pasangan usahawan fesyen Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadza Anuar telah meletakkan jawatan sebagai pengasas bersama platform e-dagang, FashionValet.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram mereka, Vivy dan Fadza menjelaskan keputusan tersebut dilakukan bagi mengelak isu membabitkan penjualan saham Permodalan Nasional Berhas (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) terus terjejas.

“Kami cuba sedaya upaya menjimatkan perbelanjaan untuk menjaga aliran tunai termasuk menutup platform e-dagang namun keadaan terus meruncing.

“Banyak perkara yang kami mahu ubah jika boleh, banyak faktor lain kami harap kami pertimbangkan sebelum mengembangkan perniagaan ini.

“Mereka (PNB dan Khazanah) sentiasa bertindak secara profesional dan dalam kepentingan terbaik organisasi masing-masing.

“Kami berharap kekecewaan ini tidak menjadi penghalang dan mereka akan terus menyokong usahawan tempatan lain.

“Kami akan bertanggungjawab atas kegagalan pelaburan ini. Sebagai pihak yang mengurus syarikat, tanggungjawab ini terletak pada kami dan hakikatnya kami sudah mengecewakan pelabur,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Vivy dan Fadza menjelaskan kegagalan tersebut berpunca daripada pelaburan besar ke dalam sistem teknologi yang bertujuan untuk mengembangkan pasukan secara agresif semasa pandemik melanda.

“Kami kecewa dengan diri sendiri, selain menyesal keadaan menjadi seperti ini dan benar-benar memohon maaf. Ramai bertanya apa yang berlaku dan bagaimana kami boleh sampai ke tahap ini.

“Keadaan menjadi kritikal biarpun kami cuba mengurangkan kos termasuk menutup platform e-dagang.

“Banyak perkara yang kami harap dapat dilaksanakan secara berbeza, selain pelbagai faktor lain yang diharap dapat dipertimbangkan sebelum memulakan rancangan pengembangan kami,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan Khazanah dan PNB telah memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet.

Jumlah tersebut diperoleh melalui pelaburan awal RM47 juta yang dibuat oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Artikel Berkaitan: “Saya Biarkan Orang Kata Apa Yang Mereka Mahu, Just Be Careful Of The Fitnah You Spread” – Vivy Yusof

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Aug 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

Trending Wed, 6 Nov 2019

Wanita Nyaris Maut Didakwa Dicakar Kucing

Wanita Ini Nyaris Maut Sehingga Terpaksa Hadapi 8 Kali Pembedahan

Featured Wed, 14 Jan 2026

Doa Ikhlas Bertukar Kontroversi, Aishah Azman Dituduh Mahu Ambil Hati Kamal Adli

Ada pihak mendakwa Aishah seolah-olah mempunyai niat lain

Featured Tue, 6 Aug 2024
Trending Mon, 17 Aug 2020
Trending Mon, 18 Nov 2019
Featured Thu, 21 Mar 2024
error: Content is protected !!