Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 6, 2019 @ 9:42am

Wanita Nyaris Maut Didakwa Dicakar Kucing

Seorang wanita berusia 65 hampir maut selepas didakwa dicakar seekor kucing sehingga terpaksa menjalani 8 kali pembedahan. Perkara tersebut menyebabkan beliau dijangkiti teruk.

Menurut Daily Mail, Shirley Hair dari England membeli kucing Siam pada Julai 2016 dengan harga RM2149. Pada awalnya anak kucing itu sangat comel, namun ia semakin agresif dan suka mencakar serta menggigit apabila sudah besar.

Shirley cuba untuk memeluk kucingnya, namun tindakan agresif kucingnya menyebabkan dia terkena cakaran dari kucing tersebut.

Dia kemudian mula mengalami pening kepala, hilang selera makan, dan sakit otot. Pada mulanya, dia hanya menganggap itu kesan daripada selsema. Walaubagaimanapun, luka itu tiba-tiba menjadi merah dan merebak daripada tangan ke lengannya.

Dia bergegas ke hospital di mana dia didiagnosis dengan sepsis, kejutan septik, kegagalan organ, pneumonia dan Necrotising fasciitis (NF) – penyakit pemakan daging yang mengakibatkan kematian bahagian-bahagian tisu lembut tubuh yang boleh membunuh.

Pembedahan kecemasan telah dilakukan untuk mengeluarkan tisu yang dijangkiti dari tangannya sebelum Shirley diletakkan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk membolehkan ia berehat.

Doktor berkata bahawa penyakit Shirley disebabkan oleh cakaran kucing yang telah mendedahkan badannya kepada bug pemakan daging.

Beberapa hari selepas operasi awalnya, tangan Shirley masih tidak sembuh. Malah, dia mengalami dua serangan jantung selepas pembedahan dilakukan.

Doktor kemudiannya terpaksa menenangkan dan menukarkannya diruang ICU selama hampir sebulan sebelum dia mula menunjukkan tanda-tanda positif.

Mesin pam vakum digunakan untuk mengurangkan tekanan udara pada luka serta dipasang untuk membantu tisu kulit yang rosak.

Selepas lebih daripada lapan operasi dan dua bulan di hospital, keadaan Shirley semakin membaik.

Sumber: Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Nov 2022

Rabbani Bakal Adakan Konsert Rai 25 Tahun Perjalanan Dalam Industri

Kumpulan nasyid Rabbani yang terkenal dengan lagu-lagu dakwah dan masih kekal relevan sehingga kini akan menemui peminatnya di Konsert 25 Tahun Rabbani bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Kelainan yang akan dibawa […]

Trending Thu, 13 Sep 2018
Hiburan Fri, 25 Apr 2025

“Aku Hilang Segalanya” — Elizad Sharifuddin Luah Hati Rasa Tersisih… Ujian Belum Ada Zuriat

Elizad Sharifuddin akui dirinya seakan tersisih daripada kelompok kawan-kawan yang sudah berkeluarga

Trending Fri, 26 Oct 2018

Mabuk Punya Pasal, Lelaki Ini Tergamak Merogol Nenek Umur 100 Tahun

Biswas turut mengaku kepada pemberita bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol dan tidak sedar dengan tindakannya itu.

Featured Thu, 26 Sep 2024
Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Wed, 6 Nov 2024

Wan Sharmila Kongsi Detik Cemas, Alami Sesak Nafas Akibat Terjerut Selendang Jemaah

Pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cemas apabila memaklumkan dia mengalami sesak nafas termasuklah tudung di tarik ketika berdoa di Multazam.

error: Content is protected !!