Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 28, 2023 @ 11:10am

“Nak Pegang Lebih-Lebih Tak Boleh, Bukan Muhrim!” – Tahu Jaga Batas, Enot Ada Sebab Tak Pamer Wajah ‘Mr Secret’

Pelakon dan pelawak Enot sekali lagi tampil menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila masih terdapat segelintir netizen yang  membandingkan hubungannya bersama Mr Secret dan individu yang didakwa pasangan pengkidnya yang dikenali sebagai Zack sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:”Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia!” – Didie Alias Kecewa, Enggan Jumpa Enot Dalam Masa Terdekat

ARTIKEL BERKAITAN:”Semoga Makian Anda Berbalik Pada Diri Sendiri, Kifarah Tu Wujud!” – 20 Tahun ‘Pendam’ Rasa, Enot Elak Buka Aib Rakan

Menurutnya, tiada istilah untuk membandingkan hubungan dan kemesraan yang ditunjukkan antara kedua-dua individu tersebut memandangkan Zack adalah perempuan dan kekasihnya itu adalah lelaki.

“Tergelak aku baca komen-komen syurga kau orang ni. Video dengan Z kemain lagi nampak beria, mata berpandangan rapat-rapat lah.

“Weyh! Itu video dengan perempuan jadi aku boleh je nak pegang ke? Rapat ke? tenung mata ke? Sebab dia perempuan.

“Dengan Mr Secret lelaki! Kau nak pandang lebih-lebih tak boleh bukan muhrim. Kenapa yang bagi komen kata tak pegang tu tak nampak bercinta?  Kenapa? ramai ke yang belum kahwin try dulu dengan boyfriend kau orang sampai cakap macam ni?!,” katanya.

Perkara itu dikongsi Enot menerusi hantaran di TikTok miliknya selepas timbul pelbagai spekulasi yang mendakwa pendedahan Mr Secret kepada umum semata-mata mahu menutup hubungannya sebelum ini.

Enot tahu jaga batas

Tambahnya, dia sangat menjaga hubungan dan batas pergaulan termasuklah bersama dua bekas suaminya sebelum ini.

Bahkan, dia juga sentiasa menemani anaknya keluar ‘dating’ bagi mengelak perkara yang tidak diigini terjadi.

“Aku dengan suami pertama pun family yang match kan tak pernah jumpa. Dengan suami kedua pula, aku kawan 2 bulan sahaja terus nikah. Sebab dia asyik nak pegang tangan.

“Aku ni bila dengan lelaki agak ada batas ye. Kalau tak anak aku sebelum kahwin tak adalah aku teman pergi dating. Ada ke mak-mak sekarang ni teman anak pergi dating?,” jelasnya.

Justeru, Enot berharap agar netizen atau mana-mana individu yang tidak mengenalinya secara dekat supaya berhenti menyebarkan fitnah.

“Tak tahu kisah hidup aku jangan pandai-panai nak cakap sebab dah viral percaya hidup-hidup. Kesian kau orang baut dosa kering hari-hari.

“Alhamdulillah  apa yang kau orang fitnah pada aku tu aku masih sabar.Allah sayanga kau sebab tu dia bagi aku ujian. So, cakaplah selagi boleh,” ujarnya.

Terdahulu, Enot tampil menempelak netizen yang majoritinya terdiri dari golongan yang mengenakan tudung labuh agar berhenti memberikan tuduhan fitnah kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tayang Kekasih, Enot ‘Sound’ Kaki Kecam Ramai Bertudung Labuh – “Orang Berjanggut Kau Cakap Perempuan, Takkan Aku Nak Tunjuk ‘Burung’ Pula?!”

ARTIKEL BERKAITAN:Romantis Makan Bersuap, Ini Rupa Kekasih Hati Enot… Nafi Hubungan Cinta Sekadar Lakonan Tutup Fitnah Hubungan Sejenis – “Dah Setahun Kawan, Bila Senyap Cakap Songsang”

ARTIKEL BERKAITAN:Enot Kongsi Video Manis Bersama Kekasih Hati, Tepis Fitnah Bercinta Kaum Sejenis – “Thank You Mr. Secret Sabar Dengan Gosip”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Sep 2022

Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah 🤲🏼

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Dipuji Merendah Diri, Syatilla Melvin Kongsi Momen Balik Kampung Naik Kereta Api – “Parit Buntaq Aku Datang!”

yatilla mendedahkan ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya dan keluarga

Featured Thu, 9 Apr 2026

Kongsi Pantun ‘Deep’, Jefri Nichol Anggap Fedtri Yahya Kelakar – “Tak Nak Kerja Lah Esok”

Nichol menyifatkan pantun yang dihasilkan oleh pengacara program, Malaysia Hari Ini itu sebagai menghiburkan dan mencuit hati.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Fri, 28 Jun 2024

Tebus Kekecewaan, Noraniza Idris Bangkit Dalam Konsert Qalam

Wah! ratu irama Malaysia bakal buat konsert dalam pertandingan. lain dari lain ini

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
error: Content is protected !!