Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2024 @ 5:11pm

“Saya Tak Tahu Pun Saya Tercalon” – Azira Shafinaz Terkejut Dapat Rangkul Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik

Pelakon Azira Shafinaz terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang trofi Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (FFAP 61) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Berjaya menewaskan bintang-bintang Asia Pasifik lain, Azira berjaya meraih kejayaan menerusi karakternya dalam filem Indera arahan Woo Ming Jin.

“Saya terkejut dan teruja dapat meraih trofi ini. Saya diberitahu, filem lakonan saya, Indera menjadi filem pembuka untuk festival berprestij ini, jadi saya hadir memberikan sokongan.

“Saya tak jangka langsung yang saya tercalon. Bila menang tu, saya rasa terkejut. Sejujurnya, saya tak letak sebarang harapan pun sebenarnya. Apabila menang, saya sangat bersyukur, Alhamdulillah,” katanya.

Teruja menantikan filem itu ditayangkan di Malaysia, Azira mahu berusaha lebih gigih selepas memenangi anugerah berprestij ini.

“Filem ini menampilkan gandingan saya bersama Shaheizy Sam dan ramai lagi. Ia menjalani penggambaran ketika pandemik. Alhamdulillah, saya berjaya membentuk keserasian yang baik bersama pengarah dan pelakon.

“Filem ini menampilkan sisi berbeza dan memerlukan emosi serta ekspresi yang cukup kuat berbanding dalam mana-mana filem lakonan saya sebelum ini. Saya teruja menanti filem ini ditayangkan kelak.

“Saya tak akan cepat rasa puas dengan pencapaian ini. Banyak perkara lagi yang harus saya pelajari walaupun sudah 10 tahun berada dalam industri hiburan,” katanya.

Terdahulu, Azira pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) yang berlangsung tahun lalu menerusi lakonannya dalam drama bersiri Ijab Kabut yang bersiaran di Viu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]

Featured Wed, 21 Dec 2022

Nyanyi ‘I Believe I Can Fly’ Atas Awan, Netizen Puji Tahap Keberanian Daiyan Trisha – “She Is So Brave!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Daiyan sedang menikmati permandangan di atas awan sambil menyanyi sebuah lagu […]

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Featured Wed, 3 May 2023
error: Content is protected !!