Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2023 @ 4:32pm

Tayang Kekasih, Enot ‘Sound’ Kaki Kecam Ramai Bertudung Labuh – “Orang Berjanggut Kau Cakap Perempuan, Takkan Aku Nak Tunjuk ‘Burung’ Pula?!”

Umum mengetahui isu kontroversi melibatkan pelakon dan pelawak Enot masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen, apatah lagi dia kini secara terbuka mempamerkan kekasihnya kepada umum.

Namun, dia yang kesal dengan tindakan netizen yang masih memberikan tuduhan fitnah kepadanya dilihat tidak lagi berdiam diri apabila tampil menegur sikap segelintir golongan ini.

ARTIKEL BERKAITAN:”Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia!” – Didie Alias Kecewa, Enggan Jumpa Enot Dalam Masa Terdekat

ARTIKEL BERKAITAN:”Semoga Makian Anda Berbalik Pada Diri Sendiri, Kifarah Tu Wujud!” – 20 Tahun ‘Pendam’ Rasa, Enot Elak Buka Aib Rakan

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Ada bukti ke aku hidup dengan dia macam laki bini?

Menerusi hantaran terkini di TikTok, Enot atau nama penuhnya Aliza Abdullah menegur ‘kaki’ fitnah yang terdiri dari golongan yang mengenakan hijab labuh agar berhenti menjadi toksik dan hidup secara positif.

Malah, dia juga sempat meminta agar netizen mengemukakan bukti sekiranya selama ‘kehilangannya’ dalam industri seni, dia dan individu yang didakwa kekasih sejenisnya itu hidup bersama.

“Ayat yang bercakap macam korang lah perfect! Yang mengata bukan main semua pakai tudung labuh tapi mengecam orang… anak perempuan ramai agaknya tak takut agaknya cakap macam tu. Kalau Allah tu nak duga baru kau tau macam mana.

“Patutnya doakan yang baik-baik,  ni tak cakap aku macam-macam. Cakap aku dengan Z nampak lagi kuat (hubungan) memanglah dah dia bff aku aku dari sekolah. Dah 26 tahun dah kawan, agak-agaklah.

“Ada bukti ke aku ni hidup dengan dia macam laki bini? Tak ada bukti jangan main sebut je. Yang tempuh kehidupan ni aku bukan korang jadi jangan cakap macam-macam, macam lah aku tak ada perasaan. Buanglah otak toksik korang tu jauh-jauh ye. Hidup please positif okay. Aku senyap bukan sebab aku kalah tapi aku tak mengaibkan sesiapa.

“Alhamdulillah yang berfikiran kolot tentang aku, biar Allah je jawab untuk korang #bukanmarahtapimeluahkan,” katanya.

enot dan kekasih baru1

Biar hina disisi manusia, jangan hina disisi Allah!

Sementara itu, menerusi hantaran yang berlainan pula, Enot menegaskan dia enggan memberikan apa-apa penjelasan lanjut berhubung status hubungannya bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Mr. Secret dek kerana menganggap tahun ini adalah tahun di mana fitnah dan sihir semakin berleluasa.

Katanya, dia sudah tidak kisah dengan kata-kata makian yang diberikan termasuklah tuduhan yang mengatakan dia menayang kekasihnya itu semata-mata mahu menutup fitnah.

“Wow! Hebat kau orang semua, patutnya doakan yang baik-baik untuk orang lain kerana besar nikmatnya. Tapi, kenapa ada yang mengeji dan menghina aku cakap macam-macam? Sebab tu aku rela cakap dengan kucing dari cakap dengan orang yang takkan faham situasi orang tu.

“Cakaplah apapun kau orang dengan mindset macam tu, sekarang tahun 2023 dua benda je berleluasa fitnah dan sihir. elok orang tu berjanggut kau kata perempuan fitnah dah tu. Tak kan aku nak tunjuk burung pula? Nanti kau orang kata buat operation lah.. jadi jalan dia tak payah cakap atau explain apa-apa.

“Teruskan membuat dosa inshaa-Allah aku akan diberikan nikmat dari fitnah dan cacian kau orang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah pengakhiran setipa orang tak sama, aku bersyukur sentiasa diberikan ujian kerana aku tahu Allah sayang dekat aku! Biar hina disisi manusia jangan hina disisi Allah!,” ujarnya.

enot tayang kekasih 2

Dalam pada itu, Enot turut memuat naik fotonya bersama Mr. Secret  beserta kapsyen manis untuk mereka berdua.

“Bertabahlah, walau apa pun terjadi mulut orang kita tak boleh nak tutup! I need you beside me #mrsecret,” tulisnya.

enot dan kekasih baru 3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Wak Doyok Pilih Gadis Biasa Bukan Artis

Sebelum ini, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.

Featured Tue, 17 Jan 2023

Mahu Lebih Memahami Wanita, Hun Haqeem Dedah Ingin Rasa ‘Period Pain’

Pelakon kacak, Hun Haqeem mahu lebih memahami kesukaran dan cara hidup seorang wanita. @y2kvd boyfriend material >> #hunhaqeem #malaysianactor #fyp ♬ Pano – Zack Tabudlo Menerusi perkongsian pengguna bernama @y2kvd di laman TikTok, Hun memberitahu […]

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Faizal Tahir Mahu Bersara?

Satu hal mengenai album ini, ia adalah album saya yang terakhir

Featured Fri, 8 May 2020
Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu […]

Featured Tue, 13 Dec 2022
Trending Sat, 16 Nov 2019

Hanya Kerana Lamar Tunang Di KFC, Terima Pelbagai Kejutan ..

Puluhan Syarikat Gergasi Mahu ‘Sponsor’ Majlis Kahwin Pasangan Ini

error: Content is protected !!