Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 8, 2020 @ 6:42pm

Jangan salah guna kebenaran rentas negeri hanya semata-mata untuk berbuka puasa di kampung

Individu yang sudah memperoleh kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merentas negeri diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kebenaran berkenaan bagi tujuan lain termasuk pulang berbuka puasa di kampung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran berkenaan hanya diberikan untuk membolehkan individu yang terkandas di kampung atau mengambil anak yang ditinggalkan di kampung untuk pulang ke rumah masing-masing.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini. Foto: Harry Salzman

Katanya, kebenaran rentas negeri itu juga hanya untuk satu hala sahaja kerana mengambil kira keluhan rakyat yang mungkin sudah terlalu lama terperangkap di kampung sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac 2020.

“Jangan ada yang menyalahgunakan kebenaran ini untuk balik ke kampung bagi berbuka puasa. Kebenaran pergerakan ini hanya satu hala untuk individu atau keluarga yang terperangkap di kampung.

“Ibu bapa yang hendak mengambil anak di kampung atau individu yang hendak menghantar ibu pulang ke kampung, dibenarkan bermalam selama dua hari sahaja dan perlu segera pulang ke rumah mereka,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Kerajaan membenarkan hanya empat hari sahaja pergerakan rentas negeri membabitkan perjalanan satu hala yang akan berakhir Ahad ini sepanjang PKP Bersyarat (PKPB) berlangsung.

Aplikasi Gerak Malaysia memudahkan rakyat membuat permohonan untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Foto: NSTP.

Semalam PDRM mengumumkan kelulusan diberikan bagi 226,181 permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 6,304 lagi kenderaan menerusi permohonan secara manual melakukan pergerakan rentas negeri dengan membuka sebanyak 98 sekatan jalan raya untuk memantau pergerakan berkenaan.

Sebanyak 70,538 kebenaran diberikan bagi kenderaan dari Perak, Johor dan Kelantan melakukan perjalanan rentas negeri hari ini, manakala esok sebanyak 54,151 kenderaan lagi membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka serta 77,836 lagi membabitkan pergerakan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Enam individu dibenarkan dalam satu kenderaan sepanjang kelonggaran pergerakan rentas negeri – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Kerajaan juga membenarkan lebih daripada empat pengguna dalam satu kenderaan bagi keluarga yang mungkin mempunyai anak yang ramai dan mereka ditinggalkan di kampung sejak cuti sekolah lalu.

“Kerajaan juga membenarkan enam individu berada dalam satu kereta sekiranya kereta mempunyai enam tempat duduk.

“Bagaimanapun, kelonggaran ini hanya dibenarkan untuk tempoh empat hari ini sahaja, iaitu sehingga 10 Mei dan selepas tarikh ini, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM untuk melakukan perjalanan rentas negeri membabitkan hal kecemasan seperti kematian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

familuv Wed, 4 Jun 2025

“Saya Pun Sitizoners” – Nadeera Dedah Mula Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Sejak Umur 3 Tahun

Penyanyi bersuara emas, Nadeera mengakui meminati Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak berumur tiga tahun lagi.

Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Featured Wed, 7 Dec 2022

“Saya Ambil Peluang Mengubati Kerinduan…” – Zamani Hanya ‘Memanaskan Badan’

Kuat semangat Zamani ni. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya

Featured Wed, 18 Oct 2023
Featured Sat, 5 Nov 2022

“Tak Gemar Anak Jadi Artis…” – Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Anak Berlakon

Pelakon Mustapha Kamal bimbang apabila anak gadisnya, Salsabil Qur’ani atau lebih mesra dipanggil Bil menyatakan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan. Memetik laporan mStar, Mustapha tidak gemar melihat anaknya itu berlakon namun selepas […]

Featured Wed, 26 Oct 2022
error: Content is protected !!