Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 15, 2023 @ 7:00pm

“Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Pelakon, Didie Alias tampil menepis dakwaan segelintir pihak yang mengkritik dirinya sengaja menyebar aib rakan selebriti sendiri.

Ia berhubung luahan kekecewaan Didie terhadap rakan selebriti, Enot ketika di temubual dalam program Melodi, minggu lalu.

Jelas Didie, dia hanya terpanggil untuk memberi teguran kepada Enot yang didakwa telah menjalinkan hubungan cinta bersama kaum sejenis seperti yang heboh di media sosial beberapa bulan lalu.

“Kalau dengar balik kenyataan saya, mana ada saya buka aib dia. Sebaliknya, saya sekadar mengulas pertanyaan wartawan mengenai isu membabitkan Enot yang sudah tular.

“Salahkah saya beri nasihat kepada seorang adik? Umur pun bukan muda lagi. Saya mahu Enot jalani kehidupan lebih baik bersama anak-anaknya.

“Jujurnya, saya sendiri pelik apabila Enot mendakwa saya cuba buka aib, sedangkan dia sendiri buka aibnya apabila berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.

“Perkara ini orang sudah perkatakan sejak dahulu lagi. Saya juga tak tahu sama ada Enot faham atau tidak mengenai apa yang saya katakan.

“Kenapa putar belitkan kenyataan, tuduh saya pula cuba aibkan dirinya,” katanya.

Didie Alias

Aktres Takdir Yang Tertulis itu menyerahkan segala keputusan kepada Enot sama ada mahu mendengar nasihatnya itu ataupun tidak.

Jelas Didie, mereka sudah lama tidak berhubung sejak Enot memilih untuk berpindah ke Melaka dan menyepi.

“Macam mana nak hubunginya, saya pun tak tahu di mana Enot berada. Hanya selepas kenyataan saya disiarkan barulah Enot tiba-tiba memunculkan diri.

“Perkara ini pernah berlaku sebelum ini, namun saya tetap terimanya kembali. Selama ini, saya jaga dia dengan baik.

“Saya sebenarnya lebih kepada kecewa. Saya cuba nasihatkannya jalani kehidupan lebih baik, tiba-tiba saya pula dipersalahkan.

“Terpulang pada Enot sama ada nak terima atau tidak nasihat saya, Kita doakan yang baik-baik sahaja buatnya,” akhirnya.

Artikel Berkaitan: “Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia!” – Didie Alias Kecewa, Enggan Jumpa Enot Dalam Masa Terdekat

Artikel Berkaitan: Dah Banyak Kali Nasihat, Didie Alias ‘Frust’ Rakan Baik Masih Pilih Jalan ‘Songsang’ – “Bahagia Dunia Saja, Esok Lusa Tak Tahu…”

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022
familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

Featured Wed, 17 Dec 2025

Hutang Tak Berbayar Cecah RM51,000… Eric Fuzi Terpaksa ‘Auto Diet’ Gara-Gara Baki Akaun Tinggal RM125.65

Eric secara terbuka meluahkan rasa kecewa apabila wang RM51,000 masih belum dilunaskan.

Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Thu, 14 Jun 2018

Kim Jong Un Literally Brings a Portable Toilet Everywhere He Goes

But there’s a really good reason why he’s doing so.

error: Content is protected !!