Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 7, 2023 @ 3:37pm

Dah Banyak Kali Nasihat, Didie Alias ‘Frust’ Rakan Baik Masih Pilih Jalan ‘Songsang’ – “Bahagia Dunia Saja, Esok Lusa Tak Tahu…”

Pelakon dan pelawak Didie Alias meluahkan rasa kecewa apabila rakan seperjuangan yang dahulunya rapat kini sudah ‘beralih arah’ semula ke kehidupan songsang.

Menurut Didie atau nama sebenarnya, Nur Fadzillah Ali, dia sudah berpesan berkali-kali kepada rakannya itu namun gagal kerana sia-sia.

“Saya dah lama tak berhubung dengan dia. Saya tak boleh halang dia untuk ‘kembali’ ke arah itu semula. Salah tetap salah. Saya bukan manusia sempurna.

“Saya dah cuba bantu sebaik mungkin sebagai seorang kawan, kakak dan juga ibu kepada dia. Tapi kehidupan dia yang pilih. Saya dah banyak kali kesian pada anak dia sampai saya cakap ‘kalau kau tak mampu jaga dia, biar aku jaga’.

“Kalau dia berdoa pada rezeki yang halal tapi buat perkara yang tidak halal ia akan jadi kekangan. Kita ini tidak lama di dunia.

“Tak tahu lah sempat jumpa atau tak. Kawan-kawan juga makin berkurang, pergi begitu saja. Kalau kita ‘pergi’ biarlah kita ‘tinggalkan’ nama yang cantik,” ujar Didie dalam temu bual program hiburan popular TV3, Melodi.

Berkongsi lebih, Didie berpesan kepada rakannya itu agar mengingati kehidupan anaknya malah berdoa agar diberi hidayah untuk kembali ke ‘jalan asal’.

“Sebelum ini tanggungjawab saya, banyak kali juga dia buat begitu. Kalau dia nak hidup macam itu, apa saya boleh buat. Dia dah tua, kalau nak teranjang pun dah tak boleh.

“Dia berakal, bukan budak kecil lagi. Kau kena ingat, kau ada anak remaja, saya dah pesan fasal anak, saya kesian sangat.

“Mungkin aku tak cari kau, tapi aku mampu doa dari jauh semoga Allah buka pintu hati supaya kembali ke nama sebenar kau.

“Aku tahu apa yang kau buat, kau tipu aku. Apa yang saya bantu sebelum ini, saya dah halalkan. Tapi saya ralat, kenapa perlu tipu aku?,” kongsi Didie lagi.

Dalam pada itu, Didie turut memberi amaran buat individu yang dipercayai kekasih rakannya itu agar jangan berlebihan malah tidak merestui hubungan songsang mereka.

“Saya bukan kejam untuk tanam kawan hidup-hidup. Saya takkan cari sebab kau yang pergi. Untuk mengaibkan dia, tidak tapi dia yang aibkan diri dia sendiri.

“Orang sedang dilamun cinta, cara kehidupan dan perhubungan dia salah. Kalau budak itu nak jaga kau, pasti jaga betul-betul. ‘Kau jangan tak jaga dia macam aku jaga dia dulu’.

“Kau jangan permainkan dia, aku tak restu kau berkawan dengan dia. Aku tak kisah kau siapa, aku tahu kau di mana.

“‘Aku minta apa yang kau buat pada adik aku ini, aku tak mahu satu Malaysia benci dia, tak terima dia. Kalau dia tepi jalan ke, kena terajang ke, aku cari kau’,” ujar Didie tegas.

Dalam nada sebak, Didie berkata dia tetap akan bersama rakannya itu sehingga ke liang lahad walau apa-pun yang jadi.

“Keluar berita dah berkahwin, itu dah lari dah. Bahagia di dunia saja. Esok lusa tak tahu kau sempat jumpa aku atau tak, hidup atau mati.

“Kau cakap dengan aku kita bersahabat hingga liang lahad tapi mana kau? Aku dah bagi nasihat sepenuhnya. Ini yang kau buat pada aku?

“Aku jujur nak bantu kau tapi aku ‘frust’ kau balik semula ke situ. Ini yang kau pilih.

“Kalau Allah cakap, aku ‘pergi’ dulu, kau maafkanlah aku. Kalau kau ‘pergi’ dulu, aku tak kira kau dengan siapa pun, aku uruskan jenazah kau sampai liang lahad.

“Walau macam mana pun orang benci kau, aku uruskan pemergian kau, Insya-Allah,” ujar Didie sebak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

JONGHYUN’S ALBUM “POET | ARTIST” MAKES IT INTO BILLBOARD TOP 200!

SHINee’s Kim Jonghyun has made his Billboard 200 debut with his posthumous album Poet | Artist!

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Allahu apa masalah dia eh? Tak kena dekat batang hidung sendiri berani lah kan

Hiburan Sun, 25 May 2025

Tamat Zaman Bujang di Usia 48 Tahun, Qi Razali Nikahi Jurusolek

Selamat pengantin baru Qi Razali & Wardah Hayati!

Hiburan Sun, 21 Dec 2025
Hiburan Sat, 21 Feb 2026

“Saya Hanya Bergurau” – Cef Zam Akui Silap Isu ‘Menggeletis’ Balik Kerja Awal Ramadan

Dalam masa sama, Cef Zam berkata dia tidak berniat untuk memperlekehkan komitmen setiap individu. 

Trending Thu, 22 Feb 2018

年假结束心已死?人生达成「15件小事」越活越快乐

耍废时光总是过得特别快,一想到年后即将面临的各种生活挑战,不禁悲从中来!别太低落了,时时保持乐观心态,你会更快乐!

Featured Thu, 16 Oct 2025

“Jika Disabitkan Maka Jatuh Talak Dua” – Peguam Sahkan Nubhan Pernah Lafaz Cerai Dua Kali 

Penyanyi dan usahawan, Nubhan didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu pada tahun 2017 dan Ogos lalu.

error: Content is protected !!